Pameran Karya Seniman Kaca Moden Taiwan China, Encik Wang Xiajun yang berjudul "Dunia Angin dengan Cahaya" telah diadakan di Tokyo, Jepun, pada pertengahan Jun 2004, dan berjaya menarik ramai pelawat Jepun.
Tokoh kalangan kesenian Jepun kagum disebabkan karya kesenian kaca tersebut bertaraf tinggi dan ketelitiannya luar biasa.
Pameran tersebut merupakan pameran tunggal yang pertama diadakan di Balai Kesenian Ueno, balai kesenian yang bertaraf paling tinggi di Jepun.
Karya Encik Wang Junxia termasuk "Semangat Peralatan", "Patung Buddha" dan "Loncat dengan Gembira", mencerminkan kehebatan kebudayaan tradisonal China. Karya baru beliau yang berjudul "Angin dan Cahaya" menggabungkan unsur budaya dengan baik dalam kemahiran pembuatan kaca.
Terdapat ramai pelawat bertanyakan harga karya-karya tersebut. Tetapi Encik Wang Xiajun memutuskan tidak menjual karyanya dalam pameran itu.
Pada Julai 2004, Encik Wang Xiajun mengadakan lagi pameran karya kesenian kaca di Pusat Kesenian Nasional China yang skopnya lebih besar daripada pemeran di Tokyo. Terdapat banyak karya baru dapat dipamerkan.
Encik Wang Xiajun, pengasas "kecenderungan kesenian kaca" di Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong dan Makau memulakan kerjaya itu pada akhir tahun 1980-an. Pada masa ini, karya kesenian Wang Xiajun telah mendapat reputasi tinggi di dalam dan luar negara China, dan berjaya mengadakan pameran tunggal di banyak bandar di Asia, Amerika dan Eropah.
Persatuan Kesenian Kaca A.S.—pertubuhan kesenian kaca yang berwibawa di dunia pernah mengundang Encik Wang Xiajun menyampaikan ucapan dalam sidang tahunan sejagat. Beliau menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk berusaha meningkatkan taraf kesenian kaca di China.
Encik Wang Xiajun memperkenalkan bahawa terdapat lebih 30 jenis definisi tentang kaca dalam bahasa kuno China, misalnya Liuli, Jed Air, batu ais yang bersejarah seribu tahun dan lain-lain. Mulai Dinasti Song iaitu kira-kira 1,000 tahun yang lalu, semua disatukan sebagai kaca.
Kesenian kaca bersejarah lama di China. Tetapi yang mengecewakan mulai akhir pemerintahan Dinasti Qing, iaitu kira-kira 110 tahun yang lalu, sejarah tersebut terputus selama lebih seratus tahun.
Dalam tempoh tersebut, kesenian tiup kaca yang dihasilkan oleh seniman Itali dan kesenian potong kaca yang dihasilkan oleh seniman Czech beransur-ansur mencapai taraf yang tinggi. Ia agak sukar jika bersaing dengan mereka dalam kedua-dua bidang tersebut. Maka Encik Wang Xiajun memutuskan akan mewujudkan cita-citanya "Membangunkan semula kesenian kaca China" dalam bidang kesenian penghasilan kaca tanpa lilin yang berasal dari Greece.
Setelah bersungguh-sungguh belajar di A.S. dan menjalani latihan kesenian selama belasan tahun, Encik Wang Xiajun mencipta banyak karya klasik yang terkenal, dan menggalakkan ramai seniman dari Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong dan Makau mengusahakan kerjaya kesenian kaca. Beliau berkata dengan bangga bahawa berdasarkan sumbangan bersama-sama yang diwujudkan oleh seniman dari Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong dan Makau, kesenian kaca di China dapat diiktiraf semula di peringkat antarabangsa, dan kemahiran pembuatan karya kesenian kaca dalam bidang yang berkaitan telah mencapai taraf yang paling tinggi di dunia.
----AZMI
|