Berdasarkan statistik jabatan hal ehwal am China bahawa pada masa ini, orang kurang upaya di bandar Beijing, ibu negara China dianggarkan berjumlah kira-kira 622 ribu, dan jika termasuk warga tua dan pesakit yang sukar berjalan kaki, penduduk yang memerlukan kemudahan asas untuk orang kurang upaya berjumlah kira-kira 2.5 juta orang iaitu menduduki 1/5 jumlah keseluruhan penduduk Bandar Beijing. Mereka sukar berjalan kaki, menyeberangi jalan raya atau mendaki tangga. Untuk mengatasi halangan berjalan kaki yang dihadapi orang kurang upaya, pelbagai lapisan masyarakat China telah menumpukan perhatian serius terhadap usaha tersebut dan kerajaan Bandar Beijing juga meyumbang besar untuk menyediakan bantuan kepada mereka.
Seorang kurang upaya bernama Encik Zhao berpendapat bahawa halangan terbesar ketika dalam perjalanan ialah semasa naik turun di perhentian bas umum dan memastikan papan tanda nama tempat perhentian itu. Beliau memberitahu wartawan CRI, "Kalau konduktor tidak memberitahu nama perhentian bas, saya tidak tahu bas dari mana datang sehingga kadang-kadang tersalah naik bas. Misalnya, bas 613 dan 603 pusing ke selatan waktu tiba Caishikou, tetapi saya tidak sedar. Jika saya mahu pergi ke Shuangjing atau Zhushikou, ia sangat susah kerana bas itu berpusing ke selatan dan menuju ke arah yang salah."
Menyentuh masalah seumpama itu, jabatan lalu lintas am kerajaan Beijing telah membina papan tanda nama perhentian bas yang menggunakan bahasa Braille di 67 buah perhentian bas. Encik Zhao berasa memuaskan dan berkata, "Kami orang buta boleh mengetahui setiap bas yang berhenti di sini dengan memegang papan ini. Ini perhentian bas Shuangjing, Dabeiyao, Sihui dan di bawah ini ialah bas 822".
Selain itu, kerajaan Beijing telah membina 781 buah jalan orang buta dan panjangnya lebih 110 kilometer.
Isteri Encik Zhao yang juga seorang buta menyatakan pendapatnnya kepada wartawan CRI, "Saya berasa perubahannya besar, jalan dan laluan untuk orang buta sudah dibina di setiap tempat. Ia bagus."
Pembinaan kemudahan asas untuk orang kurang upaya bukan sahaja merupakan syarat asas bagi mereka menyertai kehidupan sosial, tetapi juga melambangkan kemajuan tamadun manusia. Seiring dengan pelaksanaan projek membina "Bandar Contoh Kemudahan Asas Orang Kurang Upaya Kebangsaan", Beijing amat mementingkan peningkatan taraf pembinaan kemudahan asas untuk orang kurang upaya.
Orang kurang upaya seperti Encik Zhou Ping berjalan ke tempat kerja setiap hari. Tetapi beliau jarang menaiki kereta api bawah tanah (subway) kerana beliau menggunakan kerusi roda dan sukar naik turun tangga di perhentian subway. Kemudahan untuk orang kurang upaya yang baru dibina di perhentian subway telah menyelesaikan masalah tersebut. Pada masa ini, setiap kali semasa tiba pintu masuk perhentian subway, Encik Zhou Ping hanya perlu bercakap melalui mikrofon dan memberitahu kakitangan jabatan subway. Mereka akan menjemput orang kurang upaya itu dalam masa 5 minit, dan menggunakan sejenis mesin yang boleh menghantar orang kurang upaya bersama kerusi roda ke perhentian untuk menaiki kereta api bawah tanah.
Encik Zhou Ping menunjukkan satu contoh kepada wartawan CRI, beliau berkata, "Apa khabar, saya seorang kurang upaya dan mahu turun ke bawah tanah naik subway."
Segera terdapat jawapan kakitangan jabatan subway melalui mikrofon, "OK, kami segera jemput anda".
Encik Zhou Ping menghargai tinggi perkhidmatan yang baru disediakan ini. Beliau berkata, "Mesin ini bagus dan lebih baik daripada kami sendiri naik turun tangga. Pada masa dahulu, saya jarang menggunakan subway kerana agak sukar. Sekarang mudah sekali dan saya boleh naik turun dengan selamat."
Jabatan komunikasi kerajaan Beijing bukan sahaja telah membina kemudahan seumpama itu di sistem subway garis No.1 dan No.2 yang sudah beroperasi lama di bandar ini, tetapi juga di subway baru termasuk garis Batong dan garis No.13.
Selain itu, jabatan komunikasi kerajaan Beijing masih membina banyak kemudahan asas unutk orang kurang upaya di lapangan terbang, stesen kereta api, stesen bas jarak jauh dan bilik air am.
Naib Pengarah Jabatan Komunikasi Beijing Encik Wei Chenglin memaklumkan kepada wartawan CRI, "Kami memperuntukkan lebih 40 juta Yuan RMB terhadap pembinaan kemudahan asas untuk orang kurang upaya, terutamanya membina lereng dan jalan orang buta. Selain itu, kami juga memperbaiki dan membina kemudahan orang kurang upaya di sistem subway. Kali ini, kami telah selesai membina kemudahan asas untuk orang kurang upaya di 46 daripada 55 buah perhentian subway, terutamanya membina jalan orang buta, menambah tempat berpegang di bilik air am dan mengubahsuai tempat bergantung telefon am."
Kami yakin setelah kerajaan China dan pelbagai lapisan masyarakat China berusaha membantu orang kurang upaya dan warga tua, mereka akan menikmati perkhidmatan yang lebih mudah dalam perjalanan dan mendapat perhatian yang lebih dalam daripada masyarakat am.
----AZMI
|