Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-27 13:07:11    
8 Tindakan Untuk Keselamatan Makanan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, untuk melaksanakan "Keputusan Tentang Meningkatkan Keselamatan Makanan Dewan Negara China", baru-baru ini, Kementerian Perdagangan China bersama-sama Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Pusat China dan kementerian-kementerian yang berkenaan mengelurkan "Program Perkembangan Lima Tahun Projek Tiga Hijau".

Program tersebut menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun, mejadikan penduduk bandar dan desa China menubuhkan kaedah penggunaan secara mengutamakan keselamatan makanan, menjimat sumber tenaga dan melindungi alam sekitar, menjadikan makanan yang dijual di pasaran mencapai standard makanan hijau, menjadikan makanan yang memasuki saluran hijau selaras dengan standard keselamatan. Untuk mencapai matlamat tersebut, badan-badan yang berkaitan akan mengambil 8 tindakan.

Pertama, menetapkan tanggungjawab proses pengeluaran, penyedaran dan penggunaan.

Kedua, meningkatkan penggubalan undang-undang.

Ketiga, menubuhkan konsep penggunaan hijau.

Keempat, melaksanakan "Peraturan Kawalan Yang Disahkan Pasaran Borong Hijau" dan meningkatkan penubuhan pasaran hijau.

Kelima, menubuhkan sistem kawalan dan pemeriksaan terhadap keselamatan makanan.

Keenam, menubuhkan sistem kawalan arkib kepercayaan keselamatan makanan di seluruh negara.

Ketujuh, melaksanakan aktiviti "bulan propaganda projek hijau" dan "ekspo projek tiga hijau China", mempropagandakan pengetahuan tentang keselamatan makanan, menjimat sumber tenaga dan melindungi alam sekitar dan mendorong penggunaan hijau.

Kelapan, pihak media dan pertubuhan pengantaraan masyarakat memainkan peranan penting menubuhkan mekanisme penyeliaan pendapat umum yang berkesan.