Menurut Agensi Berita China, Menteri Kewangan China Jin Renqing menyatakan di Beijing semalam bahawa China memutuskan mengenakan tarif eksport barangan tekstil untuk mendorong memperbaiki struktur eksport barangan tekstil China dan melindungi prosedur perdagangan barangan tekstil sejagat yang rasional.
Berdasarkan perjanjian WTO, pada 1 Januari tahun depan, semua anggota WTO akan membatalkan jatah perdagangan barangan tekstil, iaitu mewujudkan integrasi perdagangan barangan tekstil. Ini membawa peluang dan cabaran besar bagi China.
Jin Renqing menyatakan, sebagai negara pengeluar barangan tekstil utama, China berwajiban melindungi kestabilan industri tekstil sejagat selepas integrasi perdagangan dilaksanakan.
|