Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-28 10:34:28    
Kerajaan Bandar Yixing Capai Kejayaan Tingkatkan Taraf Hidup Kaum Tani

CNR

Menurut maklumat, Jabatan Tanah dan Sumber Alam Bandar Yixing mempertahankan pembangunan sambil jimat cermat, menggunakan dengan berkesan tanah, dan mewujudkan matlamat perkembangan secara menyelaras sosioekonomi dengan ekologi alam sekitar, dan mendapat cara penerokaan tanah baru yang sesuai dengan kenyataan tempatan.

Jabatan Tanah dan Sumber Alam Bandar Yixing pernah bertanggungjawab terhadap pelaksanaan banyak projek penerokaan dan penyusunan semula tanah peringkat negara dan provinsi, bukan sahaja meredakan pertentangan antara peningkatan jumlah penduduk dengan kekurangan tanah, tetapi juga meningkatkan pendapatan sektor pertanian dan kaum tani, mendorong perkembangan ekonomi tempatan secara berterusan.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan bandar Yixing melaksanakan perbangunan berdasarkan keadaan yang nyata tempatan, menggunakan dengan penuh potensi sumber tanah, menyusun semula tanah penerokaan. Sebanyak 153 buah projek ditetapkan dilaksanakan pada tahun 2004, keluasan tanah itu mencatat 1326.67 hektar; sebanyak 85 projek diselesaikan pada separuh tahun pertama tahun ini, tanah pertanian yang baru diteroka mencatat 618. 87 hektar.

Sejak tahun 2001, Jabatan Tanah dan Sumber Alam Bandar Yixing melaksanakan projek "Mengawal untuk menggunakan secara berterusan sumber tanah China" yang ditetapkan oleh Program Pembangunan dan Perancangan PBB. Dalam proses pelaksanaan projek tersebut, kakitangan Jabatan Tanah dan Sumber Alam Bandar Yixing menumpukan perhatian terhadap pengurusan hak tanah, menjamin kepentingan kaum tani, meningkatkan teknologi untuk menjamin projek itu dilaksanakan dengan sempurna.

Pada masa ini, projek penerokaan dan penyusunan semula tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan bandar Yixing telah mencapai kejayaan yang ketara. Misalnya, setelah melaksanakan projek "Penerokaan dan penyusun semula tanah di kawasan pergunungan Mingling bandar Yixing", sebanyak kira-kira 666.67 hektar tanah telah diteroka dan disusun semula, kemudahan infrastruktur lengkap di kawasan tersebut, keupayaan untuk mengatasi bencana alam dan daya pengeluaran ditingkatkan dengan ketara dan tanah tersebut sesuai untuk mengeluarkan bahan makanan dan tanaman ekonomi.