Dalam tempoh ribuan tahun, komunikasi yang mundur sentiasa menyekat perkembangan sosial di kawasan Chongqing kerana 90% antara 82 ribu kilometer persegi di kawasan itu adalah bukit-bukau.
Bekas Menteri Komunikasi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Bandar Chongqing Encik Huang Zhendong menyatakan, "Perkembangan di kawasan lain sentiasa lebih pesat daripada di bandar Chongqing. Jika tidak lebih rajin, bandar Chongqing akan ketinggalan."
Kerajaan bandar Chongqing mengemukakan bahawa pembinaan lebuh raya akan mencapai kemajuan dalam tempoh 10 tahun
Pada tahun ini, 3 buah lebuh raya ekspres telah selesai dibina di bandar Chongqing, 10 buah sedang dibina, lebuh raya ekspres tersebut sepanjang 800 kilometer. Pada akhir tahun ini, jarak lebuh raya ekspres yang telah dibuka kepada lalu lintas akan mencatat 714 kilometer di bandar itu. Jaringan lebuh raya ekspres telah dibentuk yang berpusatkan pada bandar Chongqing, menghubungi bandar Chengdu di bahagian barat, menghubungi kawasan empangan tiga gaung Sungai Yangtze di timur, menghubungi Provinsi Guizhou dan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di selatan dan menghubungi Provinsi Shaanxi di utara.
Selain itu, pembinaan 36 lebuh raya yang menghubungi pelbagai kaunti di bandar Chongqing juga telah dimulakan pada tahun ini. Jumlah pelaburannya mencatat 10.8 bilion Yuan RMB.
Untuk memudahkan perjalanan penduduk bandar Chongqing, kerajaan bandar Chongqing juga mengimport sistem orbit tunggal yang bertaraf tinggi di dunia, sistem tersebut buat kali pertama diimport ke China. Kereta orbit tunggal tersebut berkeupayaan menlintasi gunung dan sesuai dengan geografi bandar Chongqing.
Landasan transit aliran ringan No.2 Chongqing dibuka kepada lalu lintas pada bulan November lalu, seramai 30 ribu penumpang dapat dihantar setiap jam sehala, sama dengan keupayaan pengendalian 400 bas.
Serentak itu, pembinaan kemudahan infrastruktur pelayaran juga berkembang pesat.
Pada tahun ini, pembinaan pelabuhan di bandar Chongqing dilaksanakan dengan pesat. Projek peringat pertama pelabuhan Cuntan sedang dibina, pelaburan projek itu berjumlah 700 juta Yuan RMB. Setelah selesai dibina, pelabuhan itu akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran kargo di hulu Sungai Yangtze dan sungai di kawasan barat China.
Selain itu, bangunan stesen penerbangan di lapangan terbang bandar Chongqing juga selesai dibina, bangunan itu lebih besar enam kali ganda daripada bangunan yang lama.
|