Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-30 12:53:37    
Aliran Sungai Kuning Tidak Terputus Selama Lima Tahun

Agensi Berita Xinhua China

Jabatan Projek Pengairan Sungai Kuning China mengumumkan baru-baru ini, sejak jumlah aliran Sungai Kuning terkawal pada tahun 1999, aliran sungai itu tidak terputus selama lima tahun berturut-turut.

Seiring dengan kekurangan air Sungai Kuning dan peningkatan penggunaan air Sungai Kuning dalam bidang industri dan pertanian, pertentangan penawaran dan permintaan air sungai itu semakin serius. Dalam tempoh 27 tahun iaitu pada tahun 1972 hingga 1998, aliran Sungai Kuning terputus di bahagian hilir dalam tempoh 21 tahun. Pada tahun 1997, aliran sungai terputus selama 226 hari dengan jaraknya 704 kilometer dalam sungai itu.

Aliran Sungai Kuning terputus menyebabkan krisis bekalan air di kedua-dua tebing sungai itu dan menjejaskan ekonomi dengan serius. Selain itu, beberapa isu ekologi alam sekitar juga diakibatkan seperti hidupan dan tumbuh-tumbuhan air serta paya di kuala sungai berkuarangan.

Untuk mencegah aliran Sungai Kuning sering-sering terputus, disahkan oleh Dewan Negara, sejak tahun 1999, Jabatan Projek Pengairan Sungai Kuning China melaksanakan kawalan terhadap jumlah aliran sungai itu.

Jabatan itu melaksanakan usaha itu secara pentadbiran, undang-undang, sains, teknologi dan lain-lain dan membentuk model kawalan sumber air yang baru.

Untuk menggunakan dengan berkesan sumber air, Jabatan Projek Pengairan Sungai Kuning China membahagikan sungai itu kepada beberapa bahagian untuk melaksanakan pemantauan secara terperinci terhadap jumlah air dalam sungai itu; menyusun semula sumber air, menyelaraskan hubungan kehidupan, pengeluaran dan penggunaan air untuk meningkatkan kesan penggunaan sumber air.

Berdasarkan dugaan Jabatan itu, setelah jumlah aliran sungai terkawal, taraf jaminan bekalan air telah ditingkatkan, kesan ekonomi mencatat 17.1 bilion Yuan RMB. Aliran Sungai Kuning tidak terputus juga mengakibatkan kesan ekologi yang besar, ekologi alam sekitar di kawasan pengaliran sungai khususnya di kawasan delta kuala sungai disempurnakan, hubungan antara manusia dengan sumber air yang tidak harmoni telah dipulihkan.