Perubatan tradisional China sudah berakar di Thailand selama lebih 700 tahun, pada zaman itu, perubatan tradisional Thailand, perubatan tradisional China, seperti akupuntur serta Taiji merupakan cara perubatan dan penjagaan kesihatan yang popular di Thailand. Tetapi setelah perang dunia kedua berakhir, kerajaan Thailand melarang pengajaran bahasa Mandarin, perkembangan perubatan tradisional China juga terjejas. Pada tahun 1975, China-Thailand menjalin hubungan diplomatik, perubatan tradisional China baru berkembang semula. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China-Thailand sudah meningkatkan kerjasama dalam bidang perubatan tradisional China atas dorongan kerajaan dan tokoh kedua-dua negara tersebut.
Pada 29 Mei 1997, Menteri Kesihatan kedua-dua negara di Beijing memeterai "Memorandum Persefahaman Kerjasama Perubatan dan Ubat-Ubatan Kementerian Kesihatan China-Thailand", MOU tersebut telah meletakkan dasar pertukaran sains perubatan kedua-dua negara tersebut. Pada tahun 2000, Kementerian Kesihatan Thailand mengumumkan bahawa perubatan tradisional China adalah sah di Thailand. Pada tahun yang sama, Kementerian Kesihatan Thailand dan Universiti Perantau telah bersama-sama menubuhkan Pusat Perubatan Tradisional China Asia Tenggara. Bermula pada tahun itu, perubatan tradisional China mula berkembang pesat di Thailand.
Berdasarkan statistik pihak kerajaan Thailand, setelah perubatan tradisional China diluluskan di Thailand, seramai 203 orang doktor Thailand telah mendapat sijil doktor perubatan tradisional China daripada Kementerian Kesihatan Thailand, seramai lebih 400 orang doktor perubatan barat mendapat sijil akupuntur, mereka berkhidmat di pelbagai hospital besar dan lebih 200 buah kedai ubat. Sekarang, terdapat 8 buah hospital swasta besar menubuhkan bahagian perubatan tradisional China.
Jabatan Perubatan Tradisional Thailand dan Perubatan Penggantian Kementerian Kesihatan Thailand merupakan badan kerajaan yang bertangungjawab mempopularkan perubatan tradisional Thailand dan perubatan penggantian termasuk perubatan tradisional China. Pusat Pertukaran Perubatan Tradisional Thailand-China di bawah jabatan itu bertanggungjawab mempopularkan perubatan tradisional China di Thailand dan mengadakan pertukaran dengan China dan negara-negara lain. Jabatan Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan Thailand bertangungjawab menyelia kelayakan doktor dan klinik perubatan tradisional China.
Sekarang, Kementerian Kesihatan Thailand mengiktiraf ijazah jurusan perubatan tradisional China dari 32 buah universiti di China, 203 orang doktor Thailand yang sudah mendapat kelayakan doktor perubatan tradisional China majoriti ialah warga Thailand dan mendapat ijazah mereka di China.
Kerajaan Thailand mentadbir dan mengawal perniagaan dan produksi ubat-ubatan tradisional China berdasarkan "Undang-Undang Ubat-Ubatan Thailand" yang dikuatkuasakan pada tahun 1967. Peniaga kedai ubat Thailand yang menjual ubat tradisional China memaklumkan, sekarang terdapat 200 hingga 300 kedai ubat Thailand menjual ubat tradisional China, tetapi kebanyakan kedai skopnya kecil. Syarikat Tongrentang Sdn.Bhd Thailand ialah perusahaan usaha sama antara Kumpulan Tongrentang China dan rakan kerjasamanya di Thailand, jumlah perniagaannya mencapai beberapa ratus ribu dolar Amerika.
Kerajaan Thailand juga memerhatikan perkembangan perubatan tradisional China di negara itu. Pada tahun 2000, Menteri Kesihatan Thailand mengumumkan, perubatan tradisional China digunakan dalam rawatan biasa. Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dalam surat tahniahnya kepada "Akhbar Perubatan Tradisional China Thailand" yang diselenggarakan oleh Persatuan Perubatan Tradisional China Thailand menegaskan, kerajaan mesti mempopular dan memakmurkan pelbagai jenis perubatan, agar perubatan itu boleh berkhidmat untuk rakyat. Perubatan tradisional China merupakan salah satu jenis perubatan penggantian, ia mempunyai teori rawatan dan diagnosis yang lengkap dan boleh digunakan bercampur dengan perubatan moden atau perubatan kategori yang lain." Kerajaan Thailand mempunyai harapan yang tinggi di samping mendorong dan menyokong perkembangan perubatan tradisional China di Thailand.
Dengan usaha dan sokongan kerajaan Thailand, Jabatan Perubatan Tradisional Thailand dan Perubatan Penggantian Kementerian Kesihatan Thailand menubuhkan Pusat Pertukaran Perubatan Tradisional Thailand-China, mengadakan pengkajian dan pertukaran perubatan tradisional China antara Thailand-China. Kementerian Kesihatan Thailand juga menubuhkan Jawatankuasa Peperiksaan Perubatan Tradisional China yang terdiri daripada 20 anggota, jawatankuasa itu bertanggungjawab memeriksa kelayakan doktor perubatan tradisional China di Thailand setahun sekali, standard peperiksaannya ditetapkan bersama oleh Universiti Perubatan Tradisional China Shanghai.
Perubatan tradisional China sudah mendapat kedudukan yang sah di Thailand. Thailand mempunyai ramai penduduk keturunan China, taraf hidup mereka tinggi, mereka menjadi pengguna perubatan tradisional China di Thailand. Thailand mempunyai perkhidmatan bekalan dan jaminan ubat-ubatan tradisional China yang lengkap dan maju, doktor yang unggul, perubatan tradisional China sangat popular di kalangan rakyat Thailand. Hubungan persahabatan yang erat China-Thailand telah meletakkan dasar yang kukuh untuk perkembangan perubatan tradisional China di Thailand. Perubatan tradisional China mempunyai masa depan yang cerah.
----Andika
|