|
Setelah mewujudkan lebuh raya ekspres menghubungi semua 21 bandar utama di provinsi Guangdong dengan lebih awal satu tahun, kerajaan Provinsi Guangdong menetapkan akan mengutamakan pembinaan lebuh raya ekspres transprovinsi pada beberapa tahun yang akan datang. Berdasarkan rancangan, setakat akhir tahun 2005, lebuh raya ekspres akan dibina untuk menghubungi semua provinsi dan wilayah autonomi jirannya, dan pada tahun 2008, 12 lebuh raya ekspres transprovinsi akan dibina.
Berdasarkan maklumat Jabatan Komunikasi Provinsi Guangdong, kerajaan provinsi itu akan memperuntukkan lebih 20 bilion Yuan RMB untuk membina lebuh raya, separuh antaranya diperuntukkan untuk pembinaan lebuh raya ekspres.
Menurut maklumat Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Provinsi Guangdong Encik Zhang Yuanyi, untuk mendorong kerjasama dan perkembangan lingkaran ekonomi delta Pan Sungai Mutiara, kerajaan Provinsi Guangdong di samping menyempurnakan jaringan lebuh raya ekspres dalam provinsi itu, mengutamakan pembinaan lebuh raya ekspres transprovinsi pada tahun-tahun yang akan datang. Berdasarkan maklumat, kerajaan Provinsi telah menandatangani memorandum tentang rancangan dan pembinaan lebuh raya transprovinsi dengan kerajaan provinsi-provinsi seperti Fujian, Jiangxi, Hainan dan lain-lain. Kerajaan Provinsi Guangdong merancang membina 12 lebuh raya ekspres transprovinsi untuk menghubungi Provinsi Fujian, Provinsi Jiangxi, Provinsi Hunan, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Provinsi Hainan, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan Hong Kong. Pada masa ini, dua lebuh raya ekspres yang menghubungi Provinsi Fujian, Hunan telah dibuka kepada lalu lintas.
Berdasarkan rancangan, 4 lebuh raya ekspres akan dibina pada tahun 2005 untuk menghubungi Provinsi Jiangxi, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.
Encik Zhang Yuanyi menyatakan, dijangka, pada tahun 2008, pembinaan kemudahan infrastruktur komunikasi Provinsi Guangdong akan mencapai kejayaan. Pada ketika itu, jumlah jarak lebuh raya ekspres seluruh provinsi itu akan melebihi 4000 kilometer dan ini akan menyediakan asas yang baik bagi kerjasama di kawasan Delta Pan Sungai Mutiara.
|