Saudara pendengar, pada tahun 2004 yang akan berlalu merupakan tahun perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN paling cepat. Pada tahun lalu, perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN menunjukkan 3 keistimewaan:
Pertama, perdagangan dua hala bertambah pesat. Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan, dari Januari hingga Oktober tahun 2004, jumlah perdagangan dua hala China-ASEAN telah mencapai 84.61 bilion dolar Amerika, meningkat 35.2% berbanding tahun 2003, antaranya jumlah import China dari ASEAN mencapai 51.4 bilion dolar Amarika, eksport China ke ASEAN mencatat 33.57 bilion dolar Amerika. Seiring dengan pelaksanaan proses Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, sasaran yang ditetapkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao iaitu mewujudkan jumlah perdagangan dua hala lebih 100 bilion dolar Amerika pada tahun 2005 berkemungkinan berjaya dicapai lebih awal.
Kedua, struktur barangan import eksport terus diperbaiki. Naib Ketua Institut Pengkajian Asia-Pasifik Institut Akademi Sains Sosial China, Lu Jianren menganalisis,
"China selain mengimport barangan pertanian, bahan mentah dan logam dari ASEAN juga mengimport banyak peralatan elektronik dan alat ganti; disebabkan barangan eksport China ke ASEAN, dahulu hanya barangan tekstil dan kasut , sekarang peralatan mesin dan elektrik dan barangan elektronik merupakan barangan utama eksport China ke ASEAN
Ketiga, kurangan perdagangan China ke ASEAN bertambah. Pada Januari hingga Oktober, kurangan perdagangan China ke ASEAN telah mencapai 17.1 bilion dolar Amerika. Ini disebabkan dua sebab, pada tahun 2004, beberapa negara ASEAN telah menambah eksport sayur-sayuran dan buah-buahan ke China dan keperluan China terhadap bahan mentah bertambah.
Pada tahun 2004, juga terdapat beberapa perkara dalam bidang kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN yang diperhatikan umum. Pada 29 November 2004, China dan ASEAN telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Barangan dalam Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh dan Perjanjian Mekanisme Penyelesaian Persengketaan, ini telah menyediakan syarat yang baik bagi melaksanakan kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Naib Ketua Bahagian Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Zhang Shaogang ketika memperkatakan keuntungan yang akan diperoleh oleh kawasan Perdagangan Bebas kedua-dua pihak, beliau berkata,
"Sempena kawasan Perdagangan Bebas China dan ASEAN ditubuhkan, perdagangan kedua-dua pihak akan terus bertambah, peluang kerjasama bertambah banyak, daya pengeluaran dan keperluan dalam China akan meningkat, ini berfaedah bagi perusahaan dan penduduk kedua-dua pihak."
Encik Lu Jianren menyatakan, China sekarang sudah menjadi negara pengimport terbesar di kawasan Asia, China sekurang-kurangnya mempunyai pasaran import yang bernilai 500 bilion dolar Amerika. Negara ASEAN merupakan pasaran import utama China, China terus meluaskan pasarannya untuk mengimport lebih banyak barangan ari ASEAN. Pertumbuhan ekonomi China bukan ancaman bagi ASEAN. Encik Lu Jianren berkata,
"Kami ingin melalui perdagangan bebas di rantau ini, menurunkan tarif, membatalkan halangan tarif supaya perdagangan dua hala China-ASEAN meningkat dan membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak."
Ekspo China-ASEAN yang diadakan di kota Nanning China pada November 2004 merupakan langkah kerajaan China untuk mendorong rundingan kawasan perdagangan bebas. Berdasarkan statistik, jumlah perdagangan ekspo itu mencatat 1.084 bilion dolar Amerika, projek pelaburan perusahaan China-ASEAN mencapai 58 buah.
Pada tahun 2005, penubuhan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN akan dilaksanakan dengan menyeluruh menurut jadual, pelaburan dan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang akan meningkat. China dengan sikap ikhlas dan bersungguh-sungguh, berusaha bersama-sama negara ASEAN mewujudkan kemakmuran rantau ini.
|