Wartawan CRI melaporkan semalam bahawa pada Januari hingga November 2004, ekonomi 12 buah Provinsi, Wilayah Autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat China di kawasan bahagian barat berkembang pesat dan banyak jatah ekonomi menduduki tempat teratas di China.
Difahamkan, walaupun China telah melaksanakan dasar kawalan makro ekonomi pada tahun 2004, mengawal peningkatan pelaburan yang terlalu cepat, akan tetapi kerajaan China tidak mengurangkan sokongan terhadap kawasan bahagian barat. Pertumbuhan perusahaan istimewa, pertanian, industri pelancongan dan industri di kawasan bahagian barat pada tahun ini lebih baik berbanding pada masa dahulu. Antaranya, nilai tambahan perusahaan industri sederhana dan besar telah bertambah lebih 22% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2003, pelaburan aset tetap bertambah lebih 33%.
|