Kaunti Anxi terletak di bahagian selatan Provinsi Fujian, China merupakan "kampung halaman" Teh Oolong Tieguanyin dan mendapat reputasi tinggi dalam jangka masa panjang. Sejarah penghasilan teh Kaunti Anxi bermula pada akhir Dinasti Tang, iaitu kira-kitra 1,200 tahun yang lalu, dan mulai dieksport ke luar negara melalui "jalan sutera laut" semasa zaman Dinasti Song dan Yuan iaitu kira-kira 800 tahun yang lalu.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, industri teh beransur-ansur berkembang maju dan merupakan industri utama di Kaunti Anxi.
Di Kaunti Anxi, seramai lebih 700 ribu daripada 1.7 juta orang penduduknya, mengurus perniagaan teh atau industri yang berkaitan dengan teh.
Pada awal tahun 1990-an, walaupun "Teh Tieguangyin" yang dihasilkan di Kaunti Anxi berkualiti tinggi dan dianugerah sebagai "tempat asal teh Oolong China", tetapi disebabkan penjualan kurang laris, industri teh gagal menjadikan penduduk Kaunti Anxi kaya.
Setelah mengadakan kajian dan penyelidikan, pegawai kerajaan Kaunti Anxi mendapati bahawa perkembangan industri teh harus terlebih dahulu diperkenalkan kepada umum. Maka Kaunti Anxi mengadakan pertandingan "raja teh", dan mengambil pelbagai tindakan lain antaranya mengadakan lelong, pesta minuman teh, ekspo teh dan sidang pesanan. Pada November 1993, Bandar Quanzhou menyelenggarakan pertanidngan "Raja Teh" pertama. "Raja Teh" yang seberat 50 gram pada masa itu dijual dengan harga setinggi 10 ribu Yuan RMB semasa dilelong. Teh Anxi turut meningkatkan reputasinya dan para penanam teh juga meningkatkan minat mereka untuk menanam pokok teh.
Kemudiannya teh Anxi laris dijual di pasaran China dan semakin disuka oleh pelanggan.
Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, industri teh Anxi berkembang pesat. Pada tahun 2003, keluasan kebun tanaman teh mencapai 20 ribu hektar di Kaunti Anxi, jumlah keseluruhan penghasilan tehnya meningkat ke 30 ribu tan iaitu menduduki kira-kira 1/2 jumlah keseluruhan penghasilan teh Oolong di negara China. Pendapatan penanam teh mencapai lebih 600 juta Yuan RMB setiap tahun.
Kerajaan Kaunti Anxi menetapkan matlamat akan membangunkan kaunti tersebut sebagai pangkalan teh yang terbesar di China. Dalam rancangan pembinaan Kaunti Anxi, terdapat kedai-rumah teh, pusat perdagangan teh, balai pameran teh, pusat aktiviti kebudayaan teh, balai pameran kebudayan teh, pasar kebudayan teh dan lain-lain.
Keluasan keseluruhannya mencapai kira-kira 53 hektar. Projek pembinaan tahap pertama dan tahap kedua telah disiapkan pada 4 tahun yang lalu dan sedang beroperasi. Pelaburannya berjumlah hampir 200 juta Yuan RMB.
Sewaktu mengunjungi Kaunti Anxi yang dikenali sebagai "Kampung Halaman Teh Oolong", di mana-mana tempat kelihatan petani menanam teh, dan terdapat banyak cerita tentang petani tempatan bergantung kepada penanaman teh yang telah menjadi kaya. Banyak bangunan perumahan baru juga kelihatan di Kaunti Anxi.
----AZMI
|