1 Disember merupakan Hari AIDS Sedunia. Pejabat Suruhanjaya Pencegahan dan Rawatan Pesakit AIDS Dewan Negara China dan Kumpulan Khas PBB menangani Penyakit AIDS di China mengumumkan bersama-sama "Laporan penilaian bersama tentang pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China 2004" di Beijing baru-baru ini. Berdasarkan laporan itu, setakat akhir bulan September tahun 2004, kes pesakit yang dijangkiti HIV positif di China berjumlah lebih 89 ribu. Naib Menteri Kesihatan China Encik Wang Longde dalam sidang akhbar menyatakan, situasi pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China amat serius. Kerajaan China akan mengambil tindakan untuk mencegah perebakan penyakit AIDS.
Berdasarkan "Laporan penilaian bersama pencegahan dan rawatan pesakit AIDS di China 2004", kes pesakit yang baru dijangkiti HIV positif di China dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat hampir 40% berbanding tahun yang lalu. Berdasarkan laporan itu, penyakit AIDS merebak cepat dalam kumpulan tertentu di beberapa tempat di China.
Memandangkan ciri-ciri perebakan penyakit AIDS di China itu, Naib Menteri Kesihatan China Encik Wang Longde menyatakan, China akan mengambil tindakan untuk mencegah perebakan penyakit itu, antaranya memantapkan sistem kawalan merupakan tugas utama. Beliau berkata,
"Pemantauan terhadap penularan penyakit AIDS harus dilaksanakan secara besar-besaran. Pada masa ini, kami menumpukan perhatian terhadap beberapa kawasan yang perebakan penyakit AIDS agak serius, akan tetapi pemantauan terhadap penularan penyakit AIDS harus ditingkatkan di kawasan yang perebakannya tidak serius. Misalnya, usaha pemantauan harus mampu dilaksanakan di sekurang-kurangnya satu hospital di setiap kaunti untuk memudahkan pesakit AIDS mendapatkan rawatan, pembawa HIV positif atau orang yang disyaki menghidap penyakit AIDS juga perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan."
Berdasarkan maklumat, kerajaan China sedang membentuk sistem kawalan penyakit AIDS dan telah mencapai kejayaan yang ketara. Pada masa ini, pusat kawalan penyakit AIDS peringkat kebangsaan berjumlah 247 di China.
Menurut Encik Wang Longde, di samping memantapkan sistem pemantauan dan memperluas lingkungan pemantauan, kerajaan China akan memperluas lingkungan rawatan. Pada masa ini, rawatan anti HIV positif sedang dilaksanakan di 18 kawasan pentadbiran peringkat provinsi di China, kerja itu akan dilaksanakan di seluruh negara pada masa depan.
Berdasarkan maklumat, pada sembilan bulan pertama tahun ini, kerajaan China telah memberi rawatan antivirus secara percuma kepada 18 ribu pesakit AIDS. Berdasarkan rancangan, seramai 30 hingga 50 ribu pesakit akan diberi rawatan sebelum akhir tahun ini.
Encik Wang Longde juga menyatakan, rawatan pesakit AIDS dengan cara perubatan tradisional China juga mencapai kemajuan. Pada masa ini, rawatan perubatan tradisional China diberikan kepada beberapa pesakit AIDS yang penyakitnya masih belum parah. Beliau berkata,
"Praktik dalam tempoh banyak tahun membuktikan, bahan herba berkesan untuk meningkatkan daya tahan pesakit AIDS. Kumpulan penyelidik sains dan teknologi telah dibentuk oleh Kementerian Kesihatan China untuk memberi rawatan perubatan tradisional China kepada pesakit AIDS yang dijangkiti virus HIV positif, beberapa jatahnya masih belum mencatat standard tetapi mereka tidak perlu diberikan rawatan antivirus."
----Ching
|