Menteri Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Aset Milik Negara Dewan Negara China Encik Li Rongrong di Beijing baru-baru ini menyatakan, pembaharuan terhadap sistem kawalan aset milik negara China telah mencapai kejayaan dalam tempoh dua tahun yang lalu, kesan ekonomi perusahaan milik negara meningkat dengan ketara. Menurut beliau, China akan terus memantapkan sistem tersebut untuk meningkatkan nilai aset milik negara meningkat.
Perusahaan milik negara amat penting bagi ekonomi China. Akan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan perusahaan swasta dan perusahaan modal asing serta persaingan pasaran yang semakin hebat, masalah yang wujud dalam perusahaan milik negara seperti sistem pengurusan yang tidak efisien dan pengeluaran yang rendah menyebabkan jumlah keuntungan ekonomi beberapa perusahaan milik negara menurun dengan pesat. Untuk mengubah keadaan itu, kerajaan China mulai mempercepat langkah pembaharuan terhadap sistem kawalan aset milik negara pada dua tahun yang lalu.
Menurut Menteri Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Aset Milik Negara Dewan Negara China Encik Li Rongrong, pembaharuan kerajaan China tersebut telah mencapai kejayaan dalam tempoh dua tahun yang lalu. Beliau berkata,
"Pada masa ini, rangka badan penyeliaan dan kawalan aset milik negara yang baru telah dibentuk pada peringkat awal, Suruhanjaya Penyeliaan dan Kawalan Aset Milik Negara telah dibentuk di 31 provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat; sistem perundangan berkaitan perkara itu semakin disempurnakan; sistem pemeriksaan terhadap hasil yang dicapai oleh perusahaan milik negara telah dibentuk; penyeliaan dan kawalan urus niaga hak aset milik negara telah meningkat."
Menurut Encik Li Rongrong, pembaharuan sistem kawalan aset milik negara China akan terus dilaksanakan, khususnya penubuhan suruhanjaya penyeliaan dan kawalan aset milik negara di pelbagai peringkat kerajaan pusat dan tempatan untuk membolehkan pembaharuan sistem saham perusahaan besar milik negara mencapai kemajuan, struktur pengurusan syarikat semakin disempurnakan.
Seiring dengan pembaharuan itu mencapai kejayaan, pendapatan jualan dan keuntungan yang diperoleh perusahaan milik negara China telah meningkat dengan ketara. Encik Li Rongrong menyatakan,
"Jumlah perusahaan milik negara semakin berkurangan, akan tetapi kualiti aset, daya persaingan dan kesan ekonominya telah meningkat. Pada tahun 1998 hingga tahun 2003, perusahaan milik negara dan syarikat, korporat pegangan saham milik negara berkurang 40%, manakala keuntungan yang diperoleh meningkat 22 kali ganda, jumlah aset perusahaan meningkat 35%."
Berdasarkan statistik terkini, pada 10 bulan pertama tahun ini, pendapatan jualan yang diperoleh lebih 180 perusahaan milik negara skop besar mencatat empat ribu 500 bilion Yuan RMB, meningkat hampir 30% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama; jumlah keuntungan mencatat lebih 410 bilion Yuan RMB, meningkat lebih 50% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama. Dijangka, pendapatan jualan yang diperoleh perusahaan milik negara China skop besar akan mencatat lima ribu 300 bilion Yuan RMB pada tahun ini, jumlah keuntungan akan mencatat 450 bilion Yuan RMB.
Encik Li Rongrong menambah,
"Kerjasama sumber tenaga antara perusahaan China dengan perusahaan asing bukan sahaja digalakkan oleh kerajaan China, tetapi juga merupakan hasrat kebanyakan syarikat minyak asing. Ini disebabkan globalisasi ekonomi. "
----Ching
|