|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, 161 buah makmal utama China telah mengadakan penyelidikan sains pada masa ini.
Naib Menteri Sains dan Teknologi China Cheng Jingpei berkata, rancangan makmal utama telah dianjurkan dan dilaksanakan pada tahun 1984 untuk meningkatkan taraf penyelidikan asas dengan seramai lebih 5 ribu ahli sains sekarang, perkakasnya bernilai kira-kira 3 biliom yuan Renminbi dan belanja penyelidikan sains dan teknologi mencatat lebih 2 bilion yuan Renminbi setahun. Makmal negara memberi sumbangan penting bagi menyelesaikan isu dalam keperluan negara, ekonomi nasional, pembangunan masyarakat dan pembangunan pertahanan.
Cheng Jingpei memaklumkan bahawa makmal utama China sebagai contoh taraf penyelidikan asas China dan telah mencapai kejayaan sains dan teknologi bertaraf maju antarabangsa ini merupakan pembaharuan asas terbesar yang mengintensifkan kerja penyelidikan asas China sehingga telah mencapai taraf maju di arena antarabansa.
Makmal utama negara China memberi bantuan sains dan teknologi untuk pembangunan besar negara berdasarkan keperluan strategik negara. Penyelidikan projek tanah beku yang dilaksanakan oleh Makmal utama itu telah memainkan peranan yang penting bagi pembangunan landasan kerata api Qinghai-Tibet China dalam banyak tahun. Makmal utama negara yang mencegah bencana projek pembinaan telah menyelesaikan 200 pasal penyelidikan teknologi utama untuk mengatasi bencana alam termasuk angin ribut dan gempa bumi.
|