Menurut Harian Renmin Ribao, berdasarkan maklumat terkini Kementerian Perdagangan China, kadar sumbangan China terhadap peningkatan perdagangan dunia pada tahun 2004 berkemungkinan akan mencapai 12%, dan menjadi sumber terpenting mendorong peningkatan perdagangan dunia.
Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China, dalam 11 bulan pertama tahun 2004, jumlah keseluruhan perdagangan luar China telah melebihi 100 juta Dolar Amerika. Para tokoh perdagangan berpendapat, kedudukan China dalam perdagangan dunia semakin penting, sumbangannya terhadap peningkatan perdagangan dunia sangat besar.
|