Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-04 10:59:34    
Pertukaran Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Dipererat Pada Tahun 2004

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pertukaran kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam bidang ekonomi, budaya, agama dan lain-lain semakin dipererat dan mengekalkan trend peningkatan yang ketara.

Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China, jumlah perniagaan kedua-dua pantai Selat Taiwan mencapai 63.48 bilion dolar Amerika pada Januari hingga Oktober tahun lalu dan meningkat 36.2% berbanding tempoh yang sama tahun 2003. Antaranya jumlah eksport Tanah Besar China terhadap Taiwan mencapai 10.53 bilion dolar Amerika, meningkat 49.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2003. Manakala jumlah import dari Taiwan mencapai 52.95 bilion dolar Amerika dan meningkat 33.8% berbanding tempoh yang sama tahun 2003. Taiwan memperoleh keuntungan sebanyak 42.42 bilion dolar Amerika dalam perniagaannya dengan Tanah Besar China.

Pertukaran kebudayaan merupakan salah satu bidang yang mendapat perhatian orang ramai. Pegawai Bahagian Urusan Kebudayaan Hong Kong Makau dan Taiwan Kementerian Kebudayaan China berpendapat bahawa pertukaran kebudayaan kedua-dua pantai Selat Taiwan pada tahun 2004 menunjukkan keistimewaan yang berrikut: mengekalkan skop yang tetap, banyak aktiviti diadakan secara bersar-besaran, kerjasama ditingkatkan, kalangan keseniaan Taiwan dengan aktif meneroka pasaran kebudayaan di Tanah Besar China.

Pertukaran lawatan rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan mengekalkan trend peningkatan pada tahun 2004. seramai lebih 2.71 juta penduduk Taiwan melawat Tanah Besar China pada tiga suku tahun pertama tahun lalu dan meningkat 42.9% berbanding tempoh yang sama tahun 2003. Seramai 100 ribu penduduk Tanah Besar China melawat Taiwan dan meningkat 23.6% berbanding tempoh yang sama tahun 2003.