Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-05 10:59:47    
Rakyat China Terus Hulur Sumbangan Bantu Negara Alami Bencana

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Selepas negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan mengalami gempa bumi dan gelombang besar Tsunami, dalam tempoh beberapa hari ini, rakyat dan pertubuhan China daripada pelbagai lapisan masyarakat berturut-turut menyumbang wang untuk rakyat negara-negara yang mengalami bencana itu melalui pelbagai cara, menyatakan prihatin mereka.

Selepas berita tentang bencana itu tersebar, Gabungan Badan Amal China segera memulakan aktiviti mengutip derma, menyediakan perkhidmatan telefon tali an penting, dan menggalakan rakyat China untuk menyumbang bantuan kewangan.

Pertubuhan Palang Merah di pelbagai tempat di China juga terus menerima sumbangan kewangan daripada pelbagai kalangan masyarakat, beberapa syarikat juga telah menyumbang wang untuk membantu para mangsa dan pembangunan semula kawasan yang mengalami bencana.

Pelbagai agensi kerajaan termasuk Radio Antarabangsa China kami juga telah mengadakan aktiviti mengutip derma, ramai kakitangan telah menyumbang wang untuk membentu rakyat di kawasan yang mengalami bencana itu.