Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-05 10:52:18    
Hong Kong Diiktiraf Sebagai Sistem Ekonomi Paling Bebas di Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Yayasan Warisan A.S. semalam di Hong Kong mengumumkan keputusan penilaian terhadap Indeks Tahap Kebebasan Ekonomi tahun 2005 bahawa Hong Kong berturut-turut 11 tahun diiktiraf sebagai sistem ekonomi yang paling bebas di dunia.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Tung Chee-hwa dan Setiausaha Kewangan Hong Kong, Tang Ying-yen mengalu-alukan keputusan itu. Tung Chee-hwa menyatakan, kerajaan Hong Kong akan terus beruasha untuk menyediakan suasana perniagaan yang baik dan adil kepada semua perusahaan.

Tang Ying-yen berkata, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong memainkan peranan penyelaras dan menyediakan suasana yang sesuai untuk berniaga bagi memastikan semua perusahaan dapat bersaing dengan adil. Kerajaan Hong Kong juga telah membentuk sistem pentadbiran yang wajar untuk menjamin pasaran bebas beroperasi dengan baik.

Indeks Kebebasan Ekonomi merupakan keputusan pengkajian yang diumumkan tahunan oleh Yayasan Warisan A.S. dan Akhbar Harian Wall Street. Penilaian indeks itu melibatkan pengkajian dalam 50 kategori ekonomi termasuk perbankan dan kewangan, peralihan modal dan pelaburan asing, dasar kewangan, pembayaran kewangan kerajaan, dasar perdagangan, taraf gaji dan harga, campur tangan ekonomi kerajaan, hak harta benda, penyeliaan dan kegiatan pasaran tidak normal.

Yayasan Warisan A.S. berpendapat, pelbagai kelebihan Hong Kong termasuk pelabuhan bebas cukai tanpa sekatan perdagangan, kerajaan Hong Kong jarang mencampur tangan dalam bidang ekonomi, taraf inflasi yang rendah dan lain-lain.

Tang Ying-yen berkata, kerajaan Hong Kong akan terus mengekalkan pelaksanaan ekonomi pasaran yang bebas di Hong Kong dan berusaha untuk menyediakan peluang perkembangan yang paling baik untuk perusahaan swasta. Selain itu, kerajaan Hong Kong juga akan terus melaksanakan dasar kewangan yang berhati-hati dan mengawal perbelanjaan awam dengan ketat.

Dalam laporan Indeks Kebebasan Ekonomi 2005 itu, Singapura dan Luxemburg masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga selepas Hong Kong.