Menurut Agensi Berita Xinhua China, China akan mewujudkan pendidikan jarak jauh moden meliputi semua sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan desa pada tahun 2007. Pelajar sekolah di kawasan desa akan bersama-sama pelajar sekolah di bawasan bandar menerima pendidikan yang baik.
Wartawan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan China bahawa sekarang terdapat 530 ribu buah sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan desa China dan menempati 88% seluruh sekolah rendah dan sekolah menengah di China. Di kawasan desa, khususnya di kawasan desa di bahagian Tengah dan Barat China, terdapat jurang perbezaan yang besar dengan sekolah bandar dalam bidang syarat pengajaran, tenaga perguruan, tahap guru dan mutu pengajaran. Melalui pendidikan jarak jauh moden boleh mewujudkan perkongsian maklumat, merapatkan jurang perbezaan pendidikan di kawasan Timur dan Barat China, mendorong perkembangan pendidikan asas secara seimbang.
Berdasarkan rancangan Kementerian Pendidikan China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China, Kementerian Kewangan China tentang melaksanakan projek pendidikan jarah jauh moden di sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan desa China, China akan mengmabil masa selama lebih kurang lima tahun dari tahun 2003 hingga tahun 2007 memasangkan kemudahan yang lengkap di 110 ribu buah sekolah rendah di kawasan desa. Melalui tindakan tersebut, seramai 5.1 juta pelajar boleh mendapat maklumat pendidikan yang tahap tinggi dan di samping itu, masalah kekurangan guru dan tahap pendidikan rendah juga dapat diatasi.
Setakat ini, sebanyak 780 ribu kemudahan telah dipasangkan di sekolah di kawasan desa di bahagian Tengah dan Barat China, sebanyak 540 ribu pusat menerima pengajaran melalui satelit dan sebanyak lebih 7500 bilik darjah komputer ditubuhkan.
|