Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-05 13:39:10    
China Terus Amalkan Dasar Mata Wang Stabil

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Gabenor Bank Rakyat China, iaitu bank pusat China Encik Zhou Xiaochuan semalam di Bandar Nanning bahagian barat daya China menyatakan, China pada tahun 2005 akan terus mengamalkan dasar mata wang yang stabil.

Dalam sidang kerja Bank Rakyat China tahun 2005 yang diadakan di bandar itu, Zhou Xiaochuan menyatakan, China mengamalkan dasar mata wang yang stabil, di samping mendorong pertumbuhan ekonomi yang seimbang, juga harus mencegah inflasi. Beliau juga menyatakan, pada tahun 2005 Bank Rakyat China akan meningkatkan pembaharuan kewangan dan kadar faedah wang simpanan, mempercepat pembangunan pasaran mata wang asing.