Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara China semalam menjangka, jika tidak mengambil kira faktor kenaikan harga barangan, kadar peningkatan pendapatan petani China tahun lalu melebihi 6%, peningkatan itu merupakan pertambahan pendapatan para petani paling banyak dan kadar peningkatan paling besar sejak tahun 1997.
Pegawai Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara China berkata, kerana peningkatan pengeluaran bahan makanan dan kenaikan harga bahan pertanian, peningkatan pendapatan petani China semakin tinggi. Dasar sokongan kerajaan China terhadap sektor pertanian akan diteruskan pada tahun ini.
|