|
Menurut berita CRI, Ketua Pejabat Kerjasama Antarabangsa Biro Pentadbiran Ubat Tradisional China Shen Zhixiang hari ini di Beijing mendedahkan semasa diwawancara oleh wartawan CRI bahawa ubat tradisional China akan disenaraikan sebagai Warisan Budaya Bukan Benda Dunia.
Ubat tradisional China telah bersejarah lebih 3000 tahun dan sangat dipercayai oleh rakyat China. Kini ubat tradisional China telah dipasarkan ke seluruh dunia dan memberi sumbangan kepada kesihatan rakyat sejagat.
Shen Zhixiang menyatakan, China menyimpan banyak dokumen tentang ubat tradisional China, cara pembuatan ubat dan cara perubatan yang berciri khas juga diwarisi dengan baik, ini memberi asas kukuh untuk ubat tradisional China disenaraikan sebagai Warisan Budaya Bukan Benda Dunia.
|