Menurut berita CRI, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Rusia terus berkembang dengan baik pada tahun 2004. Meskipun statistik jumlah perdagangan dua hala pada bulan Disember masih belum selesai, Kementerian Perdagangan China hari ini telah mengumumkan bahawa jumlah perdagangan dua hala China-Rusia pada tahun 2004 pasti akan melebihi 20 bilion dolar Amerika dan menciptakan rekor yang baru.
Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China, dalam 11 bulan pertama tahun 2004, jumlah perdagangan dua hala China-Rusia telah melebihi 19.3 bilion dolar Amerika, meningkat 35% berbanding masa yang sama tahun 2003.
|