Menurut Agensi Berita Xinhua, pembantu Menteri Perdagangan China Encik Huang Hai di Beijing semalam menyatakan, berbanding dengan industri yang lain, nisbah penggunaan modal asing di kalangan perdagangan China amat rendah. Sehubungan dengan itu, kerajaan China akan meluaskan lingkungan penggunaan modal asing di kalangan usahawan pada masa depan.
Beliau memperkenalkan, kalangan usahawan China mengalami perubahan besar kerana menggunakan modal asing. Perusahaan penjualan runcit yang menduduki 50 terdepan di dunia juga menubuhkan syarikatnya di China.
|