Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-06 15:50:49    
Beijing Adakan Persiapan Sukan Olimpik 2008 dengan Lebih Rasional

CRI
Tahun 2004 merupakan tahun yang penting untuk kerja persiapan Sukan Olimpik 2008, stadium Olimpik mula dibina, rancangan pasaran dijalankan dengan lancar, tawaran pencalonan maskot dan tema sukan itu di seluruh dunia telah mendapat reaksi positif. Yang lebih penting ialah setelah Sukan Olimpik Athens mencapai kejayaan yang mengkagumkan, Beijing berhasrat belajar pengalaman berjaya daripada Athens, dengan lebih rasional dan saintifik mengadakan persiapan mejayakan Sukan Olimpik Beijing.

Setelah Sukan Olimpik Athens berakhir dengan berjaya, Beijing akan mengadakan Sukan Olimpik pada 4 tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Jacques Rogge semasa melawat Beijing pada penghujung Oktober lalu telah menyatakan, Sukan Olimpik Beijing daripada "tahap perancangan" telah memasuki "tahap pelaksanaan".

Dalam tempoh Sukan Olimpik Athens, Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing telah menghantar lebih 400 orang kakitangan ke Athens untuk mempelajari pengalaman yang maju Sukan Olimpik Athens. Para kakitangan itu berpendapat, dalam tempoh proses persiapan selama 7 tahun menjayakan Sukan Olimpik Athens, walaupun rakyat Athens mengalami banyak kritikan dan menghadapi banyak cabaran, tetapi mereka bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan akhirnya menjayakan sukan Olimpik itu. Semasa memohon menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2008, Beijing mengemukakan slogan bahawa Sukan Olimpik Beijing 2008 akan menjadi sukan Olimpik yang paling cemerlang dalam sejarah sukan tersebut.

Dalam 3 tahun yang lalu, Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa sentiasa menyanjung tinggi kerja persiapan Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing, seluruh dunia menaruh harapan yang tinggi terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008 dan berpendapat, Sukan Olimpik Beijing pasti lebih cemerlang berbanding Sukan Olimpik Athens. Tetapi kejayaan Sukan Olimpik Athens telah mengemukakan tuntutan yang lebih tinggi terhadap Sukan Olimpik Beijing. Pakar Pusat Olimpik Kemanusiaan Universiti Rakyat China Profesor Sun Jian menegaskan

"Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing sudah berasa tekanan daripada Sukan Olimpik Athens, Beijing mesti berusaha lebih gigih baru boleh mencapai kejayaan seperti Sukan Olimpik Athens. Yang penting dalam kerja persiapan itu Beijing mesti bersikap tenang dan berdasarkan saintifik."

Beberapa buah stadium sukan Olimpik Athens baru selesai dibina belasan hari sebelum sukan Olimpik dirasmikan, walaupun pihak Athens mengakui bahawa mereka terlalu lambat dalam pembinaan stadium, tetapi ini tidak menjejaskan sukan Olimpik Athens diadakanmengikut jadual. Sebaliknya, pihak Athens berpendapat, keadaan tersebut telah menjimatkan biaya sejumlah besar peruntukan untuk menjaga stadium itu sebelum sukan Olimpik dirasmikan. Beijing pernah menyatakan, semua projek membina stadium untuk Sukan Olimpik Beijing akan diselesaikan satu tahun setengah sebelum sukan Olimpik dirasmikan, iaitu pada penghujung tahun 2006.

Kalau janji itu ditunaikan oleh China, Beijing akan menjadi tuan rumah Olimpik yang menyelesaikan projek pembinaan stadium paling awal dalam sejarah. Tetapi walaupun pembinaan stadium diselesaikan dengan awal boleh menyediakan waktu yang mencukupi untuk mengadakan pertandingan percubaan, tetapi jumlah biaya untuk menjaga stadium akan meningkat, ini akan meningkatkan beban ekonomi tuan rumah.

Dalam sidang pleno ke-116 Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa yang diadakan di Athens pada Ogos lalu, Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing setelah memikirkan keselamatan, jumlah pelaburan dan jangka waktu pembinaan stadium telah mengemukakan cadangan untuk menunda setahun pembinaan stadium itu. Selain sebahagian projek pembinaan stadium akan selesai pada setengah tahun kedua tahun 2006 kerana Beijing akan menganjurkan pertandingan antarabangsa yang penting, stadium dan kemudahan yang lain akan selesai dibina pada tahun 2007. Pegawai Bahagian Penerangan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Shao Shiwei menyatakan, penyelesaian pembinaan projek stadium bukan lebih awal lebih baik, mesti tepat pada waktunya dan bersikap pragmatik. Beliau berkata, "Pada tahun lalu, kerajaan dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengusun semula jadual pembinaan stadium, penyusunan semula tersebut telah memainkan peranan yang penting."

Dalam masalah biaya penganjuran Sukan Olimpik, Beijing berazam mempelajari pengalaman Athens yang berjaya menjimatkan kos. Sukan Olimpik Athens menjadi Sukan Olimpik yang paling mahal dalam sejarah sukan tersebut, biayanya mencapai 9 bilion Euro. Setelah sukan Olimpik berakhir, banyak stadium jarang digunakan, kerajaan Greece menanggung beban kewangan yang berat. Oleh sebab itu, dalam pembinaan stadium utama Sukan Olimpik Beijing 2008 yang berkonsepkan "Sarang Burung", kerajaan bersikap pragmatik dan saintifik, menyusun semula rancangan pembinaan, mengurangkan kos projek di samping menjamin mutu projek stadium itu.

Untuk secara berkesan menggunakan stadium untuk kegunaan awam setelah Sukan Olimpik Beijing 2008 berakhir, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing merancang mengadakan penyusunan semula tentang lokasi 5 stadium, sekarang, mereka sedang mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa dan pertubuhan sukan antarabangsa yang lain.

Semasa menyingkap kembali kerja pada tahun lepas, Profesor Sun Jian menyanjung tinggi kerja persiapan sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata, "Pada tahun 2004, kerja persiapan sukan Olimpik Beijing lebih bersifat pragmatik dan saintifik. Kakitangan dan pemimpin semua bekerja rajin dan bersungguh-sungguh mempelajari pengalaman yang maju negara lain. Saya yakin, pada 4 tahun akan datang, Beijing pasti berjaya melaksanakan sukan Olimpik itu.

Andika