Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-06 16:04:09    
Penduduk Beijing Giat Sumbang Derma untuk Negara Alami Bencana Tsunami

CRI
Bencana Tsunami yang berlaku di Lautan Hindi telah menarik perhatian pelbagai negara, termasuk rakyat China, pelbagai kalangan masyarakat China aktif menyumbangkan wang derma atau barangan kepada rakyat di kawasan yang mengalami bencana itu. Penduduk di Beijing, ibu negara China juga giat mengadakan kegiatan sumbangan.

Beijing pada tahun baru Masihi mengalami musim sejuk, baru-baru ini, penduduk Beijing tanpa bimbang cuaca sejuk terus giat mengadakan kegiatan menderma untuk negara yang mengalami bencana.

Pada hari-hari kebelakangan ini, Persatuan Palang Merah Beijing sibuk menerima panggilan telefon daripada penyumbang derma. Zhou Yuwen ialah murid Sekolah Rendah Huayuancun, dia datang ke pusat mengumpul derma dan menyumbang wang sakunya sebanyak 83.09 yuan RMB. Datuk Wang yang tinggal di Daerah Chaoyang Beijing menghubungi Persatuan Palang Merah Beijing melalui telefon dan menyatakan, beliau ingin menyumbang derma untuk negara yang mengalami bencana, tetapi beliau sudah tua dan kurang sihat, tidak boleh menghantar wang derma itu ke pusat tersebut. Untuk membantu Datuk Wang menjayakan hasrat murni beliau, pegawai Persatuan Palang Merah Beijing pergi ke rumah beliau untuk menerima wang derma itu. Datuk wang berkata, "Satu negara mengalami bencana, banyak negara memberi bantuan. Sekarang rakyat di kawasan bencana hidup susah, penduduk Beijing harus memberi bantuan. Jumlah Wang derma saya walaupun tidak banyak, tetapi boleh menunjukkan hasrat saya."

Di depan peti sumbangan yang dletakkan di pelbagai pusat membeli-belah, hotel dan kawasan perumahan, penduduk Beijing tidak bimbang cuaca sejuk dan berbaris untuk menyumbang wang derma mereka. Ramai penduduk Beijing memasukkan wang membeli-belah untuk merayakan tahun baru ke dalam peti sumbangan itu.

Di Plaza Donghuan Beijing pada petang 1 Januari 2005, hampir seratus tukang sapu yang memakai pakaian seragam berbaris untuk menyumbangkan wang derma, ada yang menderma 5 yuan RMB, ada yang menderma 10 yuan dan 20 yuan. Gaji tukang sapu tersebut kecil, hanya 600 atau 700 yuan RMB sebulan, seorang tukang sapu bernama Zhantong berkata, "Walaupun gaji saya kecil, tetapi saya ingin membantu mereka yang sedang mengalami kesengsaraan, saya harus memberi sumbangan untuk pembangunan semula negara mereka selepas bencana itu."

Tian Kuankuan yang bersekolah menengah di Ireland sekarang bercuti di Beijing, beliau telah menyumbangkan semua wang poketnya, sebanyak 217.2 yuan RMB. Beliau menyatakan, pada hari pertama tahun baru boleh membantu rakyat di kawasan bencana sangat bererti.

Pada hari pertama tahun baru, melalui kegiatan yang dianjurkan oleh Persatuan Yinda cawangan Persatuan Palang Merah Beijing di Plaza Donghuan sahaja telah menerima wang derma sebanyak 200 ribu yuan RMB, di Beijing terdapat banyak kegiatan seperti itu.

Di Jabatan Kawasan Perumahan Nongguangli Chaoyang Beijing, seratus lebih penduduk berbaris di depan peti sumbangan, ada yang menderma 10 yuan, 50 yuan dan 100 yuan. Antara penderma tersebut, yang berumur paling tua ialah 84 tahun, yang paling muda berumur kurang daripada dua tahun dan dia ditemani oleh neneknya. Hanya setengah jam sahaja, peti sumbangan itu sudah dipenuhi dengan wang derma sebanyak lebih 15 ribu yuan RMB. Yang Qingru yang bekerja di pusat kutipan derma Chaoyang Beijing menyatakan, "Kami telah menyediakan peti sumbangan di 7 kawasan perumahan serta pusat membeli-belah dan hotel. Sepanjang pagi pada 31 Disember lalu, peti sumbangan tersebut telah dipenuhi wang derma sebanyak lebih 30 ribu yuan RMB."

Serentak itu, pelbagai universiti di Beijing juga mengadakan kegiatan yang sama, Yang Chen dari Universiti Pengajian Bahasa Beijing menyatakan, "Lebih 8 ribu pelajar asing belajar di universiti kami setiap tahun, kami telah menjadi sahabat, seorang sahabat karib saya ialah pelajar dari Indonesia. Saya mendermakan wang untuk menunjukkan prihatin saya dan menyediakan bantuan kepada rakyat di kawasan bencana."

Pelajar sekolah menengah juga giat menyumbang bantuan. Ketua pelajar Sekolah Menengah Luhe Tongzhou Beijing menghantar wang derma daripada semua pelajar dan guru sekolah tersebut kepada Persatuan Palang Merah Beijing. Kakitangan Persatuan Palang Merah Beijing memaklumkan, wang derma itu semuanya wang siling, 10 sen, 20 sen serta wang logam, kami dalam tempoh 2 jam baru selesai mengira wang tersebut, jumlah wang derma itu mencapai lebih 17 ribu yuan RMB.

Sempena tahun baru, Kong Le yang bersekolah rendah darjah satu mengikuti bapanya ke pejabat Persatuan Palang Merah China, setelah bapanya menyumbangkan wang derma, Kong Le turut menyerahkan sampul yang mengandungi 24.30 yuan RMB, beliau berkata, saya ingin mengirim wang saku ini kepada kanak-kanak di kawasan mengalami bencana.

----Andika