Menurut Berita CRI, berdasarkan maklumat Kementerian Perdagangan China semalam, jumlah perdagangan China-Kesatuan Eropah mencatat 159.3 bilion dolar Amerika dalam tempoh 11 bulan pertama 2004, meningkat 35% berbanding tahun 2003 dalam tempoh yang sama. Ini bermakna Kesatuan Eropah telah menjadi rakan dagangan utama China pada masa ini.
Selain itu, Kesatuan Eropah telah menjadi tempat keempat terpenting bagi China menarik pelaburan asing dan tempat utama bagi China mengimport teknologi.
|