Menurut berita CRI, Naib Ketua Bahagian Hak Cipta Jabatan Hak Cipta China Encik Xu Chao di Beijing semalam menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah mencapai kemajuan dalam perlindungan hak harta intelektual, bukan sahaja menyediakan iklim baik bagi pedagang asing melabur di China, tetapi juga meningkatkan daya inovasi bangsa China.
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam Sidang Menganugerahkan Hadiah Hak Harta Intelektual Perisian yang diadakan pada hari itu. Menurut maklumat beliau, kerajaan China telah membentuk kumpulan pimpinan perlindungan hak harta intelektual yang diketuai oleh Naib Perdana Menteri Puan Wu Yi pada tahun 2004 untuk meningkatkan usaha berkaitan.
|