Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pasukan Penyelamat Antarabangsa China di Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan negara-negara lain yang mengalami bencana Tsunami mengatasi pelbagai kesusahan, rajin bekerja untuk mengubati rakyat di kawasan bencana dan juga ikut serta dalam pembangunan semula tempatan, telah mendapat penilaian baik dari pelbagai pihak.
Dimaklumkan, Pasukan Penyelamat Perubatan China di Sri Lanka telah mengubati lebih 600 pesakit sejak tiba di kawasan bencana pada 3 Januari.
Pasukan Penyelamat Perubatan China ke Thailand tiba di kawasan bencana pada 31 Disember tahun lalu, dalam tempoh satu minggu ini, mereka menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan dan pencegahan wabah, membantu bahagian kesihatan tempatan mengadakan penyelidikan wabah.
Pasukan Penyelamat Antarabangsa China di Indonesia berangkat ke hospital yang terbesar di Banda Aceh pada 7 Januari untuk melakukan pembangunan semula dan mengubati pesakit tempatan.
|