Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China mengumumkan di Beijing baru-baru ini bahawa pada masa kini, aktiviti memperkenalkan undang-undang untuk memelihara hak dan kepentingan yang sah buruh tani akan dilaksanakan selama sebulan di seluruh negara. Menurut Naib Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China Encik Bu Zhengfa bahawa pelaksanaan akvititi tersebut adalah untuk menyediakan iklim yang sempurna pada seluruh masyarakat untuk memelihara hak dan kepentingan yang sah buruh tani dan meningkatkan keupayaan mereka untuk memelihara hak dan kepentingan sendiri.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, lebih ramai petani bekerja di bandar, khususnya seiring dengan perkembangan perusahaan pembinaan China yang pesat, perusahaan pembinaan menjadi penerima utama tenaga kerja lebihan di desa. Jumlah buru tani menduduki 80% ke atas jumlah pekerja dalam bidang itu. Akan tetapi, kerana mereka kekurangan pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan, keupayaan mereka untuk memelihara hak dan kepentingan sendiri agak rendah, tambahan pula, ketua beberapa perusahaan tidak menunaikan janji mereka sehingga gaji buruh tani sering ditunda untuk dibayar, selain itu, beberapa hak dan kepentingan yang sah buruh tani lain juga sentiasa terjejas.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China menetapkan, aktiviti memperkenalkan undang-undang untuk memelihara hak dan kepentingan yang sah buruh tani akan dilaksanakan selama sebulan di seluruh negara untuk memelihara hak dan kepentingan buruh tani. Semasa diwawancara oleh wartawan radio kami, Naib Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China Encik Bu Zhengfa berkata,
"Aktiviti memperkenalkan undang-undang kali ini dilaksanakan merujuk kepada tindakan beberapa perusahaan yang menjejaskan hak dan kepentingan yang sah buruh tani yang wujud sekarang. Kami berharap melalui aktiviti tersebut, dapat menarik perhatian seluruh masyarakat, meningkatkan penyeliaan dan pelaksanaan undang-undang dan meningkatkan kesedaran kerajaan pelbagai peringkat terhadap memelihara hak dan kepentingan buruh tani."
Berdasarkan maklumat, dalam tempoh pelaksanaan aktiviti tersebut, badan buruh dan jaminan sosial di pelbagai tempat di China akan mengambil banyak cara untuk memperkenalkan undang-undang. Misalnya menghantar kakitangan kerajaan ke tempat awam, tempat pembinaan bangunan, perusahaan dan tempat kediaman penduduk memperkenalkan peraturan dan undang-undang produksi dan jaminan, memberi khidmat nasihat; mengadakan persaingan pengetahuan produksi dan jaminan, memberi latihan khas, mengadakan pameran dan seminar, membuka kursus perundangan dan lain-lain. Selain itu, badan buruh dan jaminan sosial pelbagai peringkat China berkerjasama dengan pihak media seperti syarikat surat khabar, stesen TV dan radio memuji perusahaan yang mematuhi undang-undang dan menunaikan janji mereka, mengkritik perusahaan yang menjejaskan hak dan kepentingan buruh tani.
Salah satu tindakan penting untuk memperkenalkan undang-undang dalam aktiviti kali ini ialah menyediakan "Risalah Pemeliharaan Hak Buruh Tani" yang percuma kepada buruh tani.
Buruh tani dari Provinsi Hebei China, Encik Li Guilin telah memperoleh risalah itu, beliau memberitahu wartawan,
"Aktiviti yang dilaksanakan itu amat bermanfaat bagi kami petani. Kami akan membaca dengan teliti risalah ini. Jika gaji kami ditunda untuk dibayar lagi, kami akan menuntut badan berkaitan menyelesaikan isu itu."
----Ching
|