Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-10 15:29:45    
Kerajaan China berusaha Kurangkan Ancaman Keselamatan Nyawa Kanak-kanak

CRI

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kemalangan kanak-kanak sering berlaku di China. Gejala ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Berdasarkan maklumat, kerajaan China sedang mengambil tindakan untuk mengurangkan ancaman keselamatan nyawa kanak-kanak agar mereka hidup dengan sihat.

Seiring dengan perkembangan sosioekonomi, taraf perubatan dan kehidupan warga China telah meningkat. Pada masa dahulu, penyakit yang mengancam kesihatan kanak-kanak China seperti penyakit berjangkit dan makanan kurang zat telah dapat dikawal dengan berkesan, manakala, pada masa ini kemalangan yang di luar dugaan seiring mengancam keselamatan nyawa kanak-kanak. Naib Ketua Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan China Puan Feng Yueju menyatakan,

"Di China, kejadian yang mengancam keselamatan nyawa kanak-kanak sering berlaku. Ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Kemalangan tersebut bukan sahaja menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan remaja, tetapi juga menjejaskan keluarga mereka."

Berdasarkan kajian, kemalangan di luar dugaan merupakan punca utama menyebabkan kematian kanak-kanak yang belum sampai umur 14 tahun.

Pada masa dahulu, ramai orang China berpendapat, kemalangan yang berlaku di luar dugaan itu tidak dapat dikawal. Akan tetapi seiring dengan perkembangan kejuruteraan keselamatan dan perubatan, beberapa pakar mulai melaksanakan siasatan dan kajian terhadap ancaman yang menjejaskan keselamatan nyawa kanak-kanak.

Atas bantuan pertubuhan antarabangsa seperti Tabung Kanak-kanak PBB, badan kesihatan Bandar Beijing telah menyelesaikan kajian terhadap kemalangan yang mengancama keselamatan nyawa kanak-kanak.

Berdasarkan keputusan kajian tersebut, kerajaan Bandar Beijing akan mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan ancaman kemalangan tersebut. Naib Ketua Suruhanjaya Urusan Wanita dan Kanak-kanak Bandar Beijing Puan Ren Ronghua menyatakan,

"Kerajaan Bandar Beijing telah melaksanakan projek mencegah kemalangan kanak-kanak berdasarkan keputusan kajian berkaitan telah membentuk kumpulan tersebut yang terdiri daripada 12 badan kerajaan."

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Bandar Beijing telah melaksanakan pelbagai aktiviti tentang pendidikan kesihatan dan keselamatan, meningkatkan kesedaran kanak-kanak, ibu bapa mereka, guru dan penduduk awam terhadap isu mencegah kemalangan kanak-kanak. Selain itu, kerajaan Bandar Beijing juga akan menyempurnakan dan melaksanakan undang-undang dan peraturan megelakkan kanak-kanak daripada mengalami kemalangan.

Naib Ketua Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan China Puan Feng Yueju menyatakan,

"Dalam "Program Pembangunan tentang Kanak-kanak China 2001-2010", mengelakkan kemalangan kanak-kanak telah dijadikan matlamat dan misi jangka panjang kerajaan, sejumlah besar penyelidikan telah dilaksanakan. Saya yakin, kerja itu pasti akan mencapai kejayaan melalui usaha bersama kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat."

----Ching