Selepas bulan Februari 2004, air Sungai Kuning menjadi jernih seumpama air tasik di bahagian selatan dan mengalir ke timur perlahan-lahan. Seorang buruh sedang mengayuh rakit kulit kambing di sungai tersebut. Beliau berkata, "Sewaktu musim panas, jumlah pelancong akan berlipat ganda bertambah." Buruh tersebut ialah petani Kampung Longwan, Mukim Zhongquan, Kaunti Jingtai, Provinsi Gansu, China. Beliau mengusahakan perniagaan sampingan itu apabila selesai musim menuai. Tambah beliau, "Jika pelancong banyak datang, saya boleh memperoleh pendapatan lebih seribu yuan RMB setiap bulan."
Seiring dengan usaha kerajaan memperkenalkan destinasi pelancongan Hutan Batu, Kampung Longwan yang terletak berdekatan dengannya mulai berkembang dan menjadi popular. Encik Guo Shiang, merupakan pedagang Taiwan yang meneroka dan melabur membangunkan Taman Geologi Peringkat Negara Hutan Batu Sungai Kuning. Beliau sudah berusia lanjut.
Encik Guo Shiang tidak mengira beberapa keuntungan boleh diperolehi dalam pelaburan pembangunan Hutan Batu Sungai Kuning. Beliau memilih sebahagian beting semula jadi di tepi Sungai Kuning yang tidak terdapat tumbuh-tumbuhan. Beliau berkata, "sewaktu berdiri di atas empangan dan melihat Sungai Kuning serta Hutan Batu, pemandangannya indah lagi menakjubkan." Setelah melancong ke banyak tempat di Tanah Besar China, Encik Guo Shiang paling suka beting itu. Tambah beliau, "Sungai Kuning—sungai ibunda China mengalir melalui kawasan itu, tempat ini terdapat banyak jenis hutan batu semula jadi, pemandangan di sini agak menyenangkan orang."
"Kami menumpukan perhatian terhadap kerja memulihhara alam sekitar, menyatukan penduduk tempatan dan mengembangkan ekonomi". Encik Guo Shiang menjawat jawatan Pengurus Besar Syarikat Penerokaan Kampung Hiburan Shenglian Bhd. Bandar Lanzhong China, dan berusaha membina beting Sungai Kuning itu sebagai satu taman yang moden dan dihiasi dengan tanaman hijau. Pada masa ini, projek tersebut sudah mula dilaksanakan.
Kerana terletak jauh di kawasan luar bandar, penduduk Kampung Longwan bergantung sepenuhnya kepada kerja tani yang diusahakan dengan cara tradisional, ekonominya mundur dan kehidupan penduduk miskin. Encik Guo Shiang berkata, "Kami harus memajukan kampung itu".
Beliau pernah mengajak ramai pedagang Taiwan meninjau tempat itu, selalu menderma pakaian kepada penduduk kampung, menyediakan bantuan kewangan kepada pihak sekolah dan memberi pen dan dakwat kepada para pelajar. Serentak itu, beliau juga mengundang pakar pertanian menjalankan kajian bagaimana membangunkan sector pertanian berorientasikan ekonomi dan meningkatkan nilai pasaran ekonomi pertanian.
Encik Guo Shiang merupakan tokoh ternama di kalangan perdagangan Taiwan. Semasa menjawat Ketua Pengarah Bank Pembangunan Taiwan, beliau sendiri membantu penubuhan 21 buah taman penerokaan sains dan teknologi tinggi di Taiwan. Kerana cinta yang mendalam terhadap Tanah Besar China, beliau memulakan pelaburan di Tanah Besar China setelah bersara.
Encik Guo Shiang juga menjawat jawatan Ketua Pengarah Syarikat Pelancongan Antarabangsa Tianqiao Bhd. Provinsi Gansu China. Naib Pengurus Besar syarikat tersebut Puan Wang Lixia berkata kepada wartawan bahawa syarikat itu dinamakan "Tianqiao" yang bermaksud "Jambatan Langit", ini mencerminkan keazaman Encik Guo Shiang berusaha menjalinkan hubungan erat Tanah besar China dengan Pulau Taiwan agar persahabatan dan pertukaran kebudayaan antara rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan dapat dicapai melalui "Jambatan Langit" itu.
----Azmi
|