|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, wartawan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan China bahawa import-eksport barangan teknik teknologi China pada tahun lalu mengekalkan trend perkembangan yang pesat, jumlah perniagaannya mencapai lebih 326.9 bilion dolar Amerika dan meningkat 44% berbanding tempoh yang sama tahun 2003. Barangan teknologi tinggi menjadi pendorong peningkatan import-eksport barangan teknik tinggi China.
Pegawai Kementerian Perdagangan China memaklumkan, pada tahun 2004 keupayaan persaingan barangan teknologi tinggi China meningkat. Eksport barangan teknologi tinggi meningkat 15% dan lebihan dagangan mencatat 4.11 bilion dolar Amerika.
|