|
Menurut berita CRI, Jabatan Kastam Negara China hari ini mengumumkan statistik import-eksport perdagangan luar China pada tahun 2004. Pada tahun lalu, jumlah perdagangan luar China mencatat hampir 1.2 trilion dolar Amerika. Jumlah itu telah mencipta rekod tertinggi dan meningkat 35% berbanding tahun 2003.
Berdasarkan statistik itu, antara barangan import China, produk utama seperti gali-galian dan minyak mentah meningkat pesat, manakala pengimportan hasil keluaran perkilangan seperti kenderaan dan bahan keluli telah berkurangan
|