Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-13 18:39:54    
China Tubuhkan Pasukan Lumba Basikal Profesional Pertama

CRI

Menjelang tahun 2005, pasukan lumba basikal profesional pertama di China yang ditubuhkan bersama oleh Persatuan Lumba Basikal China dan Pasukan Lumba Basikal Marco Polo Belanda telah ditubuhkan di Bandar Zhuhai selatan China. Ini merupakan satu langkah terbaik untuk sukan lumba basikal menuju ke arah profesional.

China disebut "Negara basikal", majoriti rakyat China mengayuh basikal setiap hari, tetapi taraf sukan lumba basikal China masih kurang maju. Rekod yang terbaik sukan lumba basikal China ialah pingat perak yang diperoleh oleh pelumba basikal wanita China Jiang Yonghua dalam acara trek Sukan Olimpik Athens. Tetapi dalam acara lebuh raya yang boleh mencerminkan kemahiran pemain negara, pemain China tidak pernah mencapai sebarang kejayaan.

Acara lumba basikal lebuh raya merupakan acara yang susah, memerlukan kemahiran dan kelengkapan yang bertaraf tinggi. Kelengkapan setahun untuk seorang pemain menggunakan biaya 100 ribu yuan RMB, selain itu terdapat juga biaya untuk latihan, makanan berzat dan lain-lain. Oleh sebab itu, menerima pengalaman dan sistem latihan yang maju negara barat serta menjadikan sukan lumba basikal China lebih profesional merupakan satu-satunya cara untuk meningkatkan taraf sukan lumba basikal China.

Menubuhkan pasukan lumba basikal profesional bersama-sama pihak Belanda merupakan permulaan sukan lumba basikal menuju ke arah profesional, Naib Pengerusi Persatuan Lumba Basikal China, Encik Tian Junrong menyatakan, "Penubuhan pasukan profesional merupakan peristiwa bersejarah sukan lumba basikal China. Bermula sekarang, sukan lumba basikal China baru memulakan operasi profesional, pemain dan jurulatih China akan mengalami perubahan yang besar."

Pasukan Lumba Basikal Marco Polo sudah berdaftar dengan Persatuan Lumba Basikal Antarabangsa pada Disember tahun lalu, penaja pasukan itu ialah Tabung Sukan Lumba Basikal Belanda, tempat pendaftaran pasukan tersebut di China dan menerima penyeliaan Persatuan Lumba Basikal China. Berdasarkan perjanjian kedua-dua pihak, China-Belanda, Persatuan Lumba Basikal China selain memilih 4 orang pemain dan seorang jurulatih, tidak boleh campur tangan urusan pentadbiran pasukan itu. Gaji, elaun dan kelengkapan semua ditanggung oleh pasukan itu sendiri.

Pemain lumba basikal lebuhraya unggul di China Li Fuyu telah menganggotai pasukan Marco Polo itu, beliau mempunyai harapan yang tinggi terhadap masa depannya, beliau berkata, "Saya sangat gembira boleh menganggotai pasukan itu, acara lumba basikal lebuhraya boleh melambangkan taraf sukan lumba basikal sebuah negara. Sebagai negara yang mempunyai banyak basikal, China terlebih dahulu meningkatkan taraf acara lumba basikal lebuhraya baru boleh meningkatkan taraf sukan lumba basikal. Saya akan berlatih bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam acara lebuhraya perlumbaan peringkat dunia untuk China. Pasukan Marco Polo mempunyai 8 orang pemain veteran, kami berlatih dan tinggal bersama-sama, kami boleh memperlajari teknik dan pengalaman."

Berbanding pasukan bukan profesional, gaji anggota pasukan profesional lebih tinggi. Dimaklumkan, setelah pasukan profesional ditubuhkan, jumlah peluang menyertai perlumbaan, gaji dan elaun pemain pasukan itu akan ditingkatkan. Pegawai Persatuan Lumba Basikal China Jiang Guofeng memaklumkan, berdasarkan rancangan pasukan profesional yang biasa di Eropah, Pasukan Marco Polo pada tahun 2005 akan menyertai 20 hingga 30 kali perlumbaan di Asia, dan menyertai perlumbaan di Eropah hampir dua kali seminggu.

Penubuhan Pasukan Marco Polo berfaedah kepada China dan Belanda. Taraf kemahiran pemain China boleh ditingkatkan, Pasukan Marco Polo Belanda boleh meningkatkan pengaruhnya di China. Penaja Pasukan Marco Polo berharap membuka pasaran China melalui pasukan itu. Di samping itu, China boleh belajar pengalaman pengurusan yang maju dan memupuk pemain veteran untuk mencapai kejayaan untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Naib Pengerusi Persatuan Lumba Basikal China Tian Junrong menyatakan, "Penubuhan pasukan profesional itu hanya merupakan permulaan, kami akan mengambil lagi banyak tindakan termasuk menghantar pemain veteran China menganggotai kelab Eropah, menubuhkan pasukan lumba basikal wanita profesional, menyediakan piala lumba basikal profesional China. Dijangka pada 2 hingga 3 tahun akan datang, taraf sukan lumba basikal China akan meningkat.

----Andika