Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-13 18:40:17    
Hubungan China-ASEAN Berkembang Pesat pada Tahun 2004

CRI
Tahun 2004 merupakan tahun kedua China menganggotai "Kovensyen Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara". Pada tahun lalu, jumlah perdagangan China-ASEAN buat kali pertama melebihi 100 bilion dolar Amerika. China dan ASEAN mengemukakan "Rancangan Tindakan Pelaksanaan Perisytiharan Bersama Hubungan Rakan Strategik Menuju ke Perdamaian dan Kemakmuran China-ASEAN". Kedua-dua pihak tersebut memeterai beberapa dokumen seperti "Perjanjian Perdagangan Barangan Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN", hubungan antara kedua-dua pihak tersebut lebih menyeluruh, lengkap, standard dan pragmatik.

Anggota Majlis Dewan Perdagangan China-ASEAN Encik Xu Ningning mengatakan hubungan China-ASEAN pada tahun 2004 telah menyatakan, "Dialog politik sering diadakan, kepercayaan antara satu sama lain ditingkatkan, hubungan ekonomi dan perdagangan semakin erat, taraf kerjasama semakin baik, dialog keselamatan semakin berkesan, kerjasama mencapai hasil, bidang kerjasama semakin meluas, hubungan China-ASEAN meningkat pesat."

Pada tahun 2004, hubungan China-ASEAN semakin erat, pemimpin kedua-dua pihak sering saling mengunjung.

Pada 28 hingga 30 November 2004, Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa melawat Laos telah menghadiri beberapa sidang kemuncak China-ASEAN. Dalam tempoh sidang tersebut, China dan ASEAN memeterai "Rancangan Tindakan Pelaksanaan Perisytiharan Bersama Hubungan Rakan Strategik Menuju Perdamaian dan Kemakmuran China-ASEAN", secara menyeluruh merancang kerjasama China-ASEAN dalam pelbagai bidang pada 5 tahun akan datang.

Pada tahun 2004, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN telah mencapai kemajuan yang besar.

Pada permulaan tahun lalu, China terlebih dahulu membuka pasaran hasil pertanian, sehingga akhir tahun, jumlah perdagangan China-ASEAN telah melebihi 100 bilion dolar Amerika. Kebanyakan negara anggota ASEAN yang bergantung pada sektor pertanian telah menikmati faedah daripada kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China. China telah menjayakan Ekspo China-ASEAN yang pertama, Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN serta kerjasama antara China dan beberapa negara anggota ASEAN dalam penerokaan kawasan aliran Sungai Mekong juga menyediakan ruang baru dan peluang untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak tersebut.

Dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-8 yang diadakan di Laos pada hujung November 2004, negara anggota ASEAN telah memeterai perjanjian tentang kedudukan ekonomi pasaran menyeluruh China. Tindakan tersebut telah menyediakan syarat yang baik kepada perusahaan China memasuki pasaran Asia Tenggara.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pengkajian Ekonomi Dunia Institut Pengkajian Masalah Antarabangsa China Puan Wei Min menyatakan, kerjasama ekonomi China-ASEAN lancar pada tahun 2004 disebabkan hubungan politik yang baik antara kedua-dua pihak. Beliau berkata, "Saya berpendapat, hubungan politik yang baik China-ASEAN memainkan peranan yang penting untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan jangka panjang antara kedua-dua pihak dan meletakkan dasar politik yang baik untuk rundingan selanjutnya penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Di samping itu, kerjasama ekonomi yang lancar juga akan mendorong peningkatan hubungan politik."

Encik Xu Ningning berpendapat, kepercayaan politik merupakan kunci utama mendorong kerjasama menyeluruh China-ASEAN. Beliau berkata,

"Dasar luar China ialah bersahabat dan bermesra dengan jiran dan menjadikan negara jiran lebih kaya. Negara jiran menganggap China sebagai rakan yang adil. Jumlah perdagangan China-ASEAN pada tahun 2004 melebihi 100 bilion dolar Amerika, jumlah kurangan perdagangan China cuma mencapai 20 bilion dolar Amerika. Ini bermakna, pembukaan pasaran China dan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN terlebih dahulu akan memberi faedah kepada negara-negara ASEAN. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China tetap menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam hal-ehwal Asia Timur dan kerjasama ekonomi Asia Timur, negara anggota ASEAN sudah menganggap China bukan satu ancaman kepada mereka.

Semasa Perdana Menteri China Wen Jiabao menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-8 di Laos pada tahun lalu, beliau telah menyimpulkan pengalaman perkembangan hubungan China-ASEAN dan mengemukakan usul asas hubungan dua hala, iaitu "sama rata dan saling percaya, bekerjasama untuk mendapat faedah", beliau menegaskan, kedua-dua pihak seharusnya saling menghormati dan bukan saling menentang, saling percaya dan bukan saling mencurigai, saling bekerjasama dan bukan saling bersaing. Ucapan Wen Jiabao tersebut telah mendapat persetujuan daripada pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN. Ramai pemimpin menyatakan, China merupakan negara yang bertanggungjawab dan menjadi rakan yang boleh dipercayai, perkembangan China telah menyediakan faedah dan peluang kepada ASEAN.

Encik Xu Ningning menyatakan, "'Sama rata dan saling percaya, bekerjasama untuk mendapat faedah' menunjukkan sikap kerajaan China dalam kerjasama dengan ASEAN dan merupakan dasar hubungan kedua-dua pihak tersebut pada jangka panjang. Menjelang tahun baru, mudah-mudahan kerjasama China-ASEAN akan mencapai hasil yang lebih banyak."

----Andika