|
Menurut berita CRI, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengawalan Sektor Perbankan China hari ini mengumumkan, setakat ini terdapat 116 cawangan bank modal asing telah dibenarkan perkhidmatan urusniaga Renminbi.
Dimaklumkan, sejak kerajaan China melonggarkan sekatan urusniaga Renminbi terhadap bank modal asing di China pada bulan lalu, terdapat 14 cawangan bank modal asing di China telah menyerahkan permohonan urusniaga Renminbi di bandar yang baru dibuka.
Pada masa ini, cawangan bank modal asing telah dibenarkan menyediakan perkhidmatan urusniaga Renminbi di 18 bandar di China.
|