
Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan dari Syarikat Kumpulan Industri Nuklear China semalam, pada tahun 2004, China telah mengesahkan pembangunan 4 projek elektrik nuklear dan industri elektrik nuklear China berkembang pesat.

Sekarang, 9 set penjanaan elektrik nuklear sudah beroperasi dan jumlah kapasitinya mencapai 7 juta kilowatt.

Baru-baru ini, Perdana Menteri China semasa mengadakan tinjauan kerja ke loji Penjanaan Elektrik Nuklear Dayawan Provinsi Guangdong telah menyatakan, China akan meningkatkan pembangunan elektrik nuklear.
|