|
Menurut Akhbar "Renminribao" China, wartawan dimaklumkan dari Jabatan Kastam Negara China semalam, jumlah kutipan tarif kastam China pada tahun 2004 mencapai lebih 470 bilion yuan RMB, meningkat hampir 28% berbanding tahun sebelum itu, jumlah kutipan tarif China terus meningkat dalam 6 tahun bermula pada tahun 1999.
Ketua Kastam Negara China, Mu Xinsheng menyatakan, pertumbuhan ekonomi China yang pesat pada tahun 2004 telah merangsangkan import-eksport, ini merupakan punca utama peningkatan kutipan cukai China. Selain itu, kesedaran perusahaan untuk membayar cukai yang sah di sisi undang-undang telah meningkat, ini merupakan dasar sosial peningkatan tarif kastam China.
|