Menurut Agensi Berita Xinhua China, selepas penyelidikan selama belasan tahun, ahli sains China telah berjaya menghasilkan vaksin kolera mulut baru-baru ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, vaksin kolera baru itu sangat berkesan dalam melindungi manusia bebas daripada penyakit itu.
Kadar keberkesanan vaksin yang diselidikkan oleh ahli sains Akademi Perubatan Ketenteraan China itu mencapai 85%. Ia lebih baik daripada vaksin kolera keluaran luar negara.
|