Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-17 13:57:41    
Landasan Kereta Api Qinghai-Naqu Selesai Dibina

Agensi Berita Xinhua China

Pada pagi 9 Oktober tahun 2004, landasan kereta api Qinghai-Naqu, sebahagian landasan kereta api Qinghai-Tibet selesai dibina. Naqu merupakan bandar penting di bahagian utara Tibet, akan mengakhiri sejarah yang sebelum ini tidak ada landasan kereta api di sana, juga bermanfaat bagi meningkatkan fungsi dan keupayaan pengumpulan dan penghantaran kargo di bandar itu.

Kawasan Naqu yang paras lautnya setinggi 4500 meter terletak di antara tiga banjaran gunung di bahagian utara Tibet. Kawasan itu kaya dengan sumber air dan padang rumput, digelar sebagai padang rumput Tibet utara. Keluasan kawasan itu mencatat 450 ribu kilometer persegi. Penduduknya berjumlah 387 ribu, antaranya penggembala menduduki 80% daripada jumlah penduduk di kawasan itu. Keluasan padang rumput di kawasan Naqu sebanyak 34 juta hektar dengan lebih 7.7 juta ekor ternakan. Kawasan itu merupakan salah satu kawasan penternakan amat maju di Tibet.

Ketua Pengarah Kawasan Istimewa Naqu Encik Duan Xiangzheng merasa gembira terhadap kejayaan itu. Beliau berkata, "Landasan kereta api selesai dibina di bandar Naqu merupakan hasrat penduduk di bahagian utara Tibet yang sudah lama wujud." Kejayaan tersebut nescaya akan meningkatkan keunggulan strategik lokasi kawasan Naqu, mendorong perkembangan penternakan tradisional tempatan. Pada masa ini, kerajaan Kawasan Istimewa Naqu menetapkan keunggulan lokasi dan sumber alam menurut keadaan tempatan, melaksanakan strategi perkembangan ekonomi bercirikan tempatan dan hasil keluaran hijau tanpa pencemaran, membangunkan bandar dan pekan kecil, meningkatkan ekonomi dengan melindungi ekologi alam sekitar, memajukan kawasan Naqu berdasarkan sains dan teknologi dan lain-lain.

Berdasarkan maklumat, landasan jalan kereta api sepanjang 510 kilometer melintasi kawasan Naqu dari bahagian utara ke selatan, menghubungi 11 mukim dan pekan serta 11 stesen perhentian penumpang dan kargo termasuk stesen perhentian Naqu dan Anduo. Pada masa ini, kerajaan Kawasan Istimewa Naqu telah menyenaraikan pembangunan ekonomi di sepanjang landasan kereta api dalam agenda penting kerajaannya. Mereka sedang merancang untuk membentuk pola menjana ekonomi di sepanjang landasan kereta api Qinghai-Tibet. Menurut Encik Duan Xiangzheng, pembinaan landasan jalan kereta api Qinghai-Tibet bukan sahaja meningkatkan pendapatan penggembala tempatan, tetapi juga meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka, mengubah konsep dan fikiran mereka yang kolot. Sejak landasan jalan kereta api Qinghai-Tibet mula dibina, seramai lebih 40 ribu penggembara di kawasan Naqu menyertai projek pembinaan landasan jalan kereta api itu. Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, pendapatan diperolehi mereka kerana menyertai pembinaan landasan jalan kereta api berjumlah lebih 23 juta Dolar Amerika.

Menurut pakar, setelah landasan jalan kereta api Qinghai-Tibet selesai dibina, bandar Naqu akan menggunakan arang batu dan gas asli yang harga murah untuk menggantikan tahi lembu, kayu dan semak, bagi meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan dan mengurangkan penggunaan bahan bakaran ekologi supaya memelihara ekologi alam sekitar di tempat itu. Naib Ketua jurutera yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan landasan jalan kereta api dari kaunti Anduo ke bandar Lhasa memberitahu wartawan, pada masa ini, para pekerja sedang mejalankan pembinaan dengan menghadapi kesukaran cuaca dan persekitaran yang kurang baik. Mereka berjaya menyelesaikan pembinaan landasan jalan kereta api dari kaunti Anduo ke bandar Naqu sekarang. Projek pembinaan dari bandar Naqu ke Bandar Lhasa sudah mula dilaksanakan.

----Ching