Dalam Pertandingan Lagu Rakyat Utara-Selatan China ke-2 yang diadakan tahun ini, penyanyi lagu rakyat di Bandar Meizhou, Provinsi Guangdong, bahagian selatan China, Encik Tang Mingzhe yang sangat terkenal di kalangan orang Hakka dalam dan luar negara China memperoleh tempat pertama. Untuk menghargai sumbangan Encik Tang Mingzhe melindungi dan mewariskan kesenian rakyat China, pelbagai jabatan kerajaan China termasuk Pusat Pembangunan Kesenian Rakyat Kementerian Kebudayaan China menganugerahkan beliau "Hadiah Sumbangan Besar" yang hanya diperoleh 8 orang di China.
Setelah mendapat kehormatan tersebut, Encik Tang Mingzhe yang berumur 70 tahun berehat di rumah kerana terlalu penat. Tetapi sebagai penyanyi lagu rakyat, beliau sentiasa menimbangkan pelbagai aktiviti yang telah dijadualkan, misalnya, persembahan sempena Hari Guru, persembahan Hari Warga Tua, mengetuai delegasi mengadakan persembahan di Malaysia dan lain-lain.
Encik Tang Mingzhe mempunyai cita-cita mulia iaitu mewariskan dan menyebarkan lagu rakyat Hakka Meizhou. Pada masa lapang, selain mencipta dan menyanyi lagu rakyat, Tang Mingzhe juga menumpukan perhatian terhadap perlindungan kesenian rakyat dan mengajar penyanyi baru lagu rakyat China.
Dalam tempoh belasan tahun setelah bersara, Tang Mingzhe tetap bekerja dengan rajin dan mencapai kejayaan besar. Lagu rakyat yang dicipta oleh beliau sukar dihitung dan pelajar yang pernah diajar oleh beliau juga sukar dihitung.
Terdapat ramai bintang baru penyanyi lagu rakyat Meizhou pernah mendapat tunjuk ajar Tang Mingzhe. Cik Yang Yuanling, salah seorang pelakon utama drama yang terkenal---"Denglangmei", merakamkan terima kasih kepada Encik Tang Mingzhe. Beliau berkata, "Cara menyanyi Tang Mingzhe membantu saya mencapai kejayaan".
Di Fakuliti Muzik Institut Jiaying, Tang Mingzhe mengadakan kursus latihan untuk penyanyi lagu rakyat selama setengah tahun secara percuma. Para pelajar memperoleh banyak pengetahuan dalam kursus tersebut. Antaranya, terdapat seorang pelajar melalui lagu rakyat merakamkan terima kasih kepada Tang Mingzhe, "Guru memberi kunci emas kepada saya, dan saya menggunakannya membuka pintu pengetahuan".
Kerana mempunyai anggota keluarga di Bandar San Francisco, A.S., Tang Mingzhe selalu berkunjung ke sana pada beberapa tahun kebelakangan ini. Terdapat ramai orang Cina di Bandar San Francisco dan mereka amat berminat terhadap lagu rakyat Hakka. Setiap kali beliau melawat bandar tersebut, Tang Mingzhe agak sibuk mengadakan persembahan. Beliau menyanyi lagu rakyat Meizhou menggambarkan wajah baru tanah air China dan perubahan di kampung halamannya iaitu bandar Meizhou sehingga menjadikan saudara setanah air yang tinggal di seberang laut merindui dan mencintai kampung halaman mereka.
Dalam tempoh puluhan tahun yang lalu, Tang Mingzhe menggunakan cara nyanyian yang istimewa yang dikenali sebagai "Cara Nyanyian Tang", giat mempopularkan lagu rakyat Hakka Meizhou di dalam dan luar negara China.
Ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita China, Tang Mingzhe menyatakan pandangannya bahawa lagu rakyat merupakan tradisi lama di bandar Meizhou dan juga memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar Meizhou—pusat penempatan orang Hakka. Perkembangan kesenian lagu rakyat tidak boleh membelakangi gaya tradisional dan para penyanyi harus berdasarkan kebudayaan tempatan menggunakan loghat menyanyi lagu itu.
----AZMI
|