Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-17 14:19:00    
Perusahaan Perubatan dan Kesihatan China Berkembang Pesat

CRI

China telah menganggotai WTO selama tiga tahun. Berdasarkan janji yang dibuat semasa China menganggotai WTO, kerajaan China akan mengurangkan tarif import ubat-ubatan, melaksanakan dasar buka pintu dalam bidang jualan borong, pasaran jualan runcit dan lain-lain. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kerajaan China benar-benar menunaikan janji tersebut, tahap buka pintu dalam perusahaan perubatan dan kesihatan semakin meningkat.

Pada peringkat awal apabila China menganggotai WTO, ramai orang bimbang penurunan tariff import akan menyebabkan ubat-ubatan pengeluaran negara lain akan diimport ke China secara besar-besaran sehingga perusahaan pengeluaran ubat-ubatan tempatan terjejas. Akan tetapi, berdasarkan maklumat Naib Ketua Pengarah Persatuan Perdagangan Perubatan China Encik Zhu Changhao, perusahaan pengeluaran ubat-ubatan tidak terjejas begitu hebat seperti yang dijangka oleh orang ramai, sebaliknya, pengeluaran ubat-ubatan China berkembang pesat sejak China menganggotai WTO. Menurut analisis Encik Zhu Changhao,

"Dasar buka pintu telah dilaksanakan lebih awal dalam bidang perubatan China. Sebelum China menganggotai WTO, syarikat-syarikat perubatan transnasional yang menduduki tempat ke-20 teratas dalam senarai pengeluar ubat-ubatan terkenal di seluruh dunia sudah mengadakan usaha sama di China. Perusahaan usaha sama tersebut bukan sahaja mengeluarkan barangan perubatan, tetapi juga menjual barangan perubatan tersebut di China. Selain itu, seiring dengan perkembangan perusahaan perubatan dan peningkatan keupayaan inovasi perusahaan perubatan di China pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat lebih banyak barangan perubatan mampu dikeluarkan oleh perusahaan China."

Semasa menyebut pengaruh China menganggotai WTO terhadap perusahaan perubatan China, Encik Zhu Changhao menyatakan,

"China menganggotai WTO sangat bermanfaat bagi meningkatkan konsep pengurusan kami. Kami telah menghantar ramai kakitangan belajar di luar negara, menggabungkan pengalaman dan cara pengurusan moden negara lain dengan pengalaman di China. Boleh dikatakan, taraf perusahaan perubatan China telah meningkat, ini bermanfaat bagi kami menyertai persaingan antarabangsa."

Dalam jangka panjang, disebabkan China tidak menganggotai WTO, kebanyakan negara bukan sahaja melaksanakan rintangan tarif, tetapi juga melaksanakan dasar diskriminasi terhadap perubatan tradisional China dan bahan herba, sehingga perkembangan perubatan tradisional China dan bahan herba di pasaran antarabangsa terjejas. Manakala berdasarkan peraturan WTO, rintangan tarif dan dasar diskriminasi dilarang wujud antara negara anggota, sehubungan dengan itu, China menganggotai WTO sangat bermanfaat bagi perkembangan perubatan tradisional China dan bahan herba. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh tiga tahun yang lalu, badan pengurusan perubatan China melaksanakan tindakan untuk meningkatkan kualiti, keselamaan dan kesan barangan perubatan tradisional China untuk meningkatkan daya persaingan perubatan tradisional China dipasar luar negara. Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa Jabatan Pengurusan Perubatan Tradisional China Encik Shen Zhixiang menyatakan,

"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar dana untuk membina dua pusat penyelidikan dan makmal ujian ubat-ubatan tradisional China, dan 7 makmal ujian bahan herba. Boleh dikatakan, pada masa ini, taraf kajian perubatan tradisional China mencapai standard antarabangsa agar ubat-ubatan yang dikeluarkan di China boleh diterima oleh kebanyakan negara."

----Ching