|

Para peniaga Taiwan di Tanah Besar China menyatakan alu-aluan mereka terhadap persepakatan yang dicapai oleh sektor penerbangan awam di kedua-dua pantai Selat Taiwan tentang menyediakan penerbangan carter untuk mereka sempena tahun baru China 2005.
Pengerusi Persatuan Perusahaan Taiwan di Bandar Shanghai, Ye Huide berkata kepada wartawan, "saya akan balik ke Taiwan dengan kapal terbang carter pertama itu dan kembali ke Shanghai pada keesokan harinya." Beliau menyatakan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bandar Shanghai untuk menjayakan rancangan penerbangan carter tersebut.
Pengerusi Perusahaan Taiwan di Bandar Guangzhou, Wu Zhenchang ketika diwawancara oleh wartawan berkata, "ramai kawan yang berniaga di sini menelefon saya untuk berjanji bersama-sama balik ke Taiwan dengan kapal terbang carter tersebut." Menurut beliau, peniaga Taiwan di provinsi Guangdong menempati sepertiga daripada semua peniaga Taiwan di Tanah Besar China, mereka memang berhasrat sekian lama untuk balik ke kampung halaman dengan menaiki pesawat carter sempena tahun baru Cina.
Persatuan Perusahaan Taiwan di pelbagai tempat Tanah Besar China masing-masing menyatakan mereka akan menyediakan bantuan kepada para peniaga Taiwan supaya mereka dapat balik ke kampung halaman dengan menaiki pesawat carter tersebut.
Para peniaga Taiwan juga menyatakan hasrat mereka agar penerbangan carter seumpama itu dapat disediakan sempena hari perayaan yang lain pada masa akan datang.
Dimaklumkan, pelbagai syarikat penerbangan awam China sedang membuat persiapan dengan bersungguh-sungguh untuk menyediakan penerbangan carter kepada peniaga Taiwan sempena perayaan Tahun Baru Cina akan datang.
|