Menurut Agensi Berita Xinhua, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Tung Chee Wah semalam menyatakan, kerajaan Hong Kong akan berusaha memelihara iklim pelaburan yang baik.
Semasa menyampaikan ucapan dalam majlis makan tengah hari bersama kalangan ahli perniagaan menyatakan, dalam tempoh dua tahun setengah akan datang, keutamaan kerajaan Hong Kong adalah ditumpukan dalam pembangunan ekonomi. Hong Kong juga akan terus mengembangkan industri kewangan, peralihan barangan dan pelancongan. Selain itu, Hong Kong akan mempererat lagi kerjasama dengan Tanah Besar China.
|