Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-18 16:31:46    
China Tingkatkan Penetapan Penggubalan Sistem dan Undang-undang Penyeliaan dan Pengawalan Keselamatan Pengeluaran

CRI
Pegawai Jabatan Penyeliaan dan Pengawalan Keselamatan Pengeluaran Negara China dalam sidang akhbar di Beijing semalam menyatakan, pada tahun 2005 China akan meningkatkan keselamatan pengeluaran sistem undang-undang, mekanisma dan dasar, meningkatkan penyeliaan dan pengawalan pengeluaran keselamatan supaya keadaan pengeluaran keselamatan China berubah menuju ke arah yang baik.

Pejabat Penerangan Dewan Negara China semalam telah mengadakan sidang akhbar, pegawai Jabatan Pentadbiran Keselamatan Pengeluaran Negara China telah memperkenalkan keadaan keselamatan pengeluaran China pada tahun 2004 dan perancangan utama pada tahun 2005. Naib Ketua Pengarah Jabatan tersebut, encik Liang Jiakun berkata, pada tahun 2004, kemalangan berlaku telah berkurangan lebih 150 ribu berbanding tahun 2003, iaitu menurun 16%, situasi keseluruhan keselamatan pengeluaran telah berkembangan dengan stabil dan semakin dapat diperbaiki.

Akan tetapi, encik Liang Jiakun menyatakan bahawa keadaan di kawasan keselamatan pengeluaran China masih serius, kemalangan besar selalu berlaku. Maka, dalam bidang penyeliaan dan pengawalan keselamatan pengeluaran, selain menggunakan kaedah teknologi juga mesti memantapkan penggubalan sistem dan undang-undang penyeliaan dan pengawalan keselamatan pengeluaran.

Encik Liang Jiakun juga menyatakan akan menutup lombong yang beroperasi secara haram, menghentikan pengeluaran perusahaan yang tidak mempunyai kelengkapan keselamatan. Serentak itu, mempopularkan pengetahuan undang-undang tentang keselamatan pengeluaran serta melatih dan mendidikkan pasukan yang melaksanakan undang-undang penyeliaan dan pengawalan keselamatan pengeluaran.

China juga akan meningkatkan penggubalan sistem penyeliaan dan pengawalan keselamatan pengeluaran. Sekarang China sudah menubuhkan sistem keselamatan pengeluaran dan sistem indeks pengawalan keselamatan pengeluaran, menghalang perusahaan yang tidak mempunyai syarat keselamatan pengeluaran memasuki pasaran.