Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-19 15:09:38    
Pemimpin China dan Vietnam Saling Kutus Kawat Tahniah Ulang Tahun ke-55 Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Vietnam

Agensi Berita Xinhua China
Presiden China Hu Jintao, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam kawat tahniah berkata: kami amat gembira melihat hubungan persahabatan tradisional dan kerjasama China-Vietnam baik berdasarkan panduan "stabil pada jangka panjang, menghadapi masa depan, berjiran baik, kerjasama dengan menyeluruh". Pemimpin kedua-dua negara sering menemui dan telah mencapai pandangan yang sama tentang memelihara hubungan persahabatan China-Vietnam, meningkatkan persefahaman saling mempercayai dalam bidang politik dan kerjasama saling menguntungkan. Kerjasama dan lawatan persahabatan Kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang terus meningkat, jumlah perdagangan kedua-dua negara bertambah banyak, masalah wilayah di sempadan yang masih belum diselesaikan dalam sejarah akan diselesaikan secara beransur-ansur.

Kawat tahniah itu berkata: fakta pada 55 tahun yang lalu sejak China-Vietnam menjalin hubungan diplomatik telah membuktikan persahabatan China-Vietnam sesuai kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan juga berfaedah kepada perdamaian, kestabilan dan perkembangan rantau ini. China dan Vietnam mempunyai matlamat yang sama dan menghadapi peluang dan cabaran yang sama. Parti dan Kerajaan China tetap mementingkan perkembangan hubungan dengan Vietnam dan akan bersama-sama Vietnam meningkatkan hubungan jiran baik dan kerjasama yang menyeluruh ke tahap yang baru.

Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nong Duc Manh, Presiden Vietnam Tran Duc Luong dan Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai dalam kawat tahniah berkata: kami amat gembira melihat persahabatan tradisional Vietnam-China terus berkembang, khusus pada tahun 2004, Presiden Vietnam Tran Duc Luong dan Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan rundingan penting dalam tempoh Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC, Perdana Menteri kedua-dua negara telah mengadakan pertukaran lawatan dan mencapai banyak kata sepakat yang penting. Pertemuan itu telah memainkan peranan penting bagi memperkukuh dan meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara kedua-dua parti dan negara.

Kawat tahniah itu berkata: parti, negara dan rakyat Vietnam amat mementingkan hubungan persahabatan tradisional dan kerjasama yang menyeluruh dengan China, bersedia terus berusaha mendorong perkembangan hubungan Vietnam-China.