|
Menurut Agensi Berita China, sidang ke-3 Kongres Rakyat Jiangsu ke-10 pagi hari ini dirasmikan. Gabnor Jiangsu Liang Baohua dalam "laporan kerja kerajaan" menyatakan, Jiangsu pada tahun ini akan berusaha menangani pelbagai hal ehwal setelah menganggotai WTO, meningkatkan tahap buka pintu dan menyediakan syarat lebih baik mengembangkan ekonomi buka pintu.
Beliau menyatakan, di samping terus meningkatkan jumlah penggunaan pelaburan asing, Jiangsu pada tahun ini akan meningkatkan taraf mutu penggunaan pelaburan asing, menggalakkan perusahaan asing melabur dalam industri sains dan teknologi canggih, sektor perkhidmatan moden dan pertanian.
|