Rancangan dan peraturan tentang penerbangan carter untuk peniaga Taiwan di Tanah Besar China telah diumumkan oleh Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China kelmarin.
Syarikat Penerbangan Timur China menentukan anak-anak kapal "Kumpulan Lingyan" yang "perkhidmatan terbaik" untuk bertugas di pesawat penerbangan carter kali ini. Para peramugari akan memakai pakaian tradisional China semasa menyediakan perkhidmatan dalam penerbangan carter pertama nanti.
Dimaklumkan, lukisan rama-rama yang terlukis pada pakaian peramugari itu melambangkan Taiwan yang juga disebut sebagai "pulau rama-rama". Lukisan rama-rama yang berterbangan meluahkan hasrat rakyat China untuk bertemu kembali dengan anggota keluarga sempena Tahun Baru China.
Selain itu, anak-anak kapal akan menyampaikan ucapan sambutan kepada para penumpang dalam penerbangan carter tersebut, dan mempersembahkan pelbagai jenis acara kesenian serta menyediakan cendermata kepada para penumpang.
Pesawat penerbangan Air Bus A340 dan A300 akan digunakan dalam penerbangan carter Syarikat Penerbangan Timur China kali ini. Ketua Pengarah Syrikat Penerrbangan Timur China, Luo Chaogeng berkata, kerja persiapan penerbangan carter telah selesai dan mereka juga mengadakan hubungan dengan Syarikat Penerbangan China Taiwan yang bertugas menyediakan perkhidmatan untuk pesawat penerbangan carter.
Syarikat Penerbangan Shanghai telah mengatur pesawat penumpang Boeing 767 dan memilih anak-anak kapal terbaik yang bertugas dalam penerbangan carter khas untuk peniaga Taiwan di Tanah Besar China
Dimaklumkan, pesawat penerbangan carter kali ini tidak akan singgah di Hong Kong atau Makau, dan terus terbang ke Taiwan.
|